Hiburan

Kenangan ketika di Mekah, Shuib & Mark Adam bikin lagu

KERINDUAN ketika mengerjakan ibadah umrah bersama membuatkan Mark Adam dan Shuib mengabdikan kenangan itu dalam lagu.

Menurut Shuib, terlalu banyak kenangan dengan Mark Adam sewaktu dia berada di kota suci itu kerana sikap lelaki itu yang banyak bertanya.

“Kita faham memang banyak perkara yang Mark tidak tahu dan faham ketika berada di Mekah dan saya banyak bercerita kepadanya.

“Jadi, banyak masa kami luangkan bersama di sebuah kedai untuk minum teh sebab di situ sahaja yang ada teh tarik rasa tempatan,” katanya ketika ditemui sewaktu pelancaran lagu Teh Terakhirku di Kota Damansara, baru-baru ini.

Idea untuk mencipta lagu tersebut menurut Shuib hadir ketika hari terakhir mereka berada di situ selepas melakukan tawaf wida.

BACA> Shuk kantoi curang, tutup ruangan komen IG

Ketika itu, Shuib mengakui dia merasa sedih sangat memandangkan dia tidak sempat meminum teh tarik di situ sebelum balik.

“Masa itu memang rasa sedih sebab tak dapat dah nak minum teh tarik sambil berkongsi cerita mengenai hal-hal agama.

“Secara tiba-tiba, ketika saya sudah naik dalam bas, Mark datang dan memberikan saya segelas teh tarik daripada kedai itu sambil berkata, ini teh terakhir kita,” jelasnya.

Daripada peristiwa itulah menurut Shuib, tercetusnya lagu tersebut dengan melodinya juga dicipta oleh mereka berdua.

Jelasnya, proses rakaman tersebut mengambil masa selama dua tahun dek kerana kesibukan kerja kedua-duanya.

BACA> Mark Adam risau keadaan ibu di Filipina

Teh Terakhirku bukan sahaja menggunakan metafora rukun umrah sebagai lirik tetapi juga menyelitkan selawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW sebagai elemen penarik. -SM

(Visited 574 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button