Jenayah

Pelajar MRSM dibuli kerana tegur rakan tonton video lucah, 11 telefon dirampas

Insiden pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah (SAS) Kuala Kangsar ditumbuk dan dibuli kerana menegur rakannya supaya tidak menonton video lucah.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa yang berusia 13 tahun mendedahkan punca ketika berkenaan ketika ditemu bual polis.

“Berdasarkan temubual itu, mangsa memberitahu dia telah menasihati seorang daripada suspek supaya tidak menonton video lucah dan jika enggan akan melaporkan kepada guru atau warden.

“Ini antara punca mengapa enam pelajar itu marah dan bertindak memukul serta membuli mangsa. Seorang pelajar tingkatan tiga telah mengarahkan enam pelajar terbabit untuk menumbuk mangsa,” kata kepada media.

Menurut Mior Faridalathrash seramai 10 pelajar yang terlibat untuk dirakam percakapan sebelum mereka dibebaskan dengan jaminan polis.

Polis turut merampas 11 telefon bimbit untuk dihantar ke bahagian forensik bagi melihat kandungan dalam peranti berkenaan.

“Setakat ini, dua laporan polis diterima berkaitan kes tersebut iaitu daripada pengetua sekolah dan bapa mangsa. Kertas siasatan kes itu akan dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya untuk proses pendakwaan sebaik sahaja siasatan selesai dijalankan,” katanya.

Mangsa ketika ini dirawat di sebuah hospital di Selangor dan keadaannya stabil tanpa kecederaan serius

Sebelum itu. video berdurasi 10 saat tular dalam media sosial pada Jumaat lalu yang memaparkan seorang pelajar dikepung rakan-rakannya di dalam bilik asrama dengan mangsa ditumbuk di bahagian perut.-SM

(Visited 773 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button