fbpx
Nasional

Dr. Amalina dikecam selepas tegur petua minum air suam menteri kesihatan

RAKYAT Malaysia dan kini berkhidmat sebagai doktor di United Kingdom, Dr. Amalina Bakri menjadi sasaran orang ramai selepas mempertikai pandangan Dr. Adham Baba.

Netizen menjadi berang selepas Amalina menegur cadangan Menteri Kesihatan supaya meminum air suam untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Portal berita Malaysiakini menyifatkan serangan itu lebih bersifat politik dijalankan oleh laskar siber kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Laskar siber politik menyerang saya kerana memberikan maklumat perubatan berasaskan bukti sama macam pakar lain […] serta virologi dari negara lain serta WHO (Pertubuhan Kesihatan Dunia) yang bercakap mengenai hal yang sama.

“Mengapa kamu tak menyerang mereka? Sebab saya seorang sasaran yang mudah?” ciapnya di Twitter petang ini.


Semasa ditemu bual oleh RTM beberapa hari lalu, Adham menjelaskan virus “tidak suka panas” dan ia boleh dinyahkan dari kerongkong untuk dikalahkan apabila memasuki perut berasid.

Amalina berkata dia tidak akan melayan permainan politik dan berharap semua orang akan selamat menghadapi wabak Covid-19.

“Maaf, saya tidak ada masa untuk permainan politik kamu. Tetap fokus untuk melawan wabak ini.

“Saya ada benda lain yang lebih berfaedah untuk dibuat. Terus maju dan semua jaga keselamatan,” ciapnya.

Show More

Related Articles

Back to top button