Nasional

Vaksin secara walk-in hanya untuk golongan tercicir

Inisiatif pengambilan vaksin secara walk-in di Kuala Lumpur dan Selangor selepas 1 Ogos hanya untuk golongan yang tercicir dan belum mendapat sebarang janji temu selepas tarikh tersebut.

Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) memaklumkan individu yang sudah mendapat janji temu tidak termasuk dalam insiatif berkenaan.

Katanya, individu di Kuala Lumpur dan Selangor yang telah mendaftar melalui MySejahtera akan diberikan janji temu dalam masa terdekat.

“Contoh golongan yang belum mendapat janji temu ini adalah mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan atau perjalanan, seperti yang diterangkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin pada 16 Julai 2021,” katanya.

Tambahnya, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang akan beroperasi untuk tujuan walk-in pada bulan Ogos nanti akan dikemas kini dan dimaklumkan kelak.


PPV yang ada sekarang tidak semestinya akan dibuka untuk inisiatif walk-in tersebut.

CITF menasihatkan, rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar tetapi tiada kekangan untuk berbuat demikian digalakkan untuk mendaftar vaksinasi secepat mungkin.

“Dalam pada itu, CITF ingin menyeru agar mereka yang telah menerima janji temu vaksin untuk menghadiri janji temu pada tarikh dan lokasi PPV yang telah diberikan.

“Ini mengambil kira kehadiran varian baharu yang lebih ganas, kes COVID-19 yang tinggi dan keperluan untuk mendapat perlindungan melalui vaksin secepat mungkin,” katanya.-SM

 

(Visited 58 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button