KesihatanNasionalPenyakit

Vaksin remaja 12 – 18 tahun disarankan, luluskan dos ketiga

KERAJAAN disaran membenarkan remaja berusia 12 sehingga 18 tahun divaksin Covid-19 dan meluluskan pengambilan dos ketiga untuk golongan yang sudah selesai divaksin.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, ia sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya kadar vaksinasi yang tinggi tidak menurunkan kes dan kematian baharu Covid-19 seperti yang berlaku di negara lain seperti Chile.

“Kita perlu ada ‘backup plan’ atau langkah-langkah untuk mengurangkan risiko (jika) pelan kita tidak berjaya,” kata bekas perdana menteri itu di Facebooknya.

Beliau berkata, paras vaksinasi di Chile jauh lebih tinggi berbanding Malaysia iaitu hampir 60% penduduk selesai diberi dua dos vaksin berbanding 11.4%, tetapi kes dan kematian baharu Covid-19 di negara itu tetap tinggi.

Kadar kematian di Chile kekal tinggi meskipun kes baharu menunjukkan trend penurunan selepas “lockdown” pada Jun, tambahnya.

Najib berkata, beberapa negara sudah mula menawarkan dos ketiga buat rakyat masing-masing bagi meningkatkan kadar keberkesanan vaksin, terutama terhadap varian baharu virus Covid-19.

“Kita jangan jadi antara negara paling lewat untuk luluskan dan mulakan kedua-dua inisiatif ini.

“Kita beri keutamaan untuk memastikan kedua-dua cadangan ini adalah selamat dan sekiranya selamat, kita luluskan dan laksanakan serta-merta,” ujar beliau.

Sekiranya kes baharu di Malaysia tetap tinggi setelah beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara, Najib menyarankan “lockdown ketat” bagi tempoh yang singkat.

Kata Najib lagi, tujuh atau 14 hari bagi memutuskan trend kenaikan Covid-19…Jika dibuat ‘lockdown’ kita mesti ketat dan singkat. –  SM

(Visited 162 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button