Kesihatan

Keluarkan sijil vaksin Covid-19 palsu: Tiada belas kasihan

MENTERI Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mahu hukuman maksimum dikenakan ke atas individu yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil vaksin Covid-19 palsu kerana tindakan itu menjejaskan keselamatan dan kesihatan orang yang tidak bersalah.

Beliau juga menggesa siasatan menyeluruh terhadap kes itu dan membawa semua yang terlibat ke muka pengadilan.

“Ini adalah sesuatu yang sukar untuk saya terima dan maafkan kerana ia menjejaskan keselamatan dan kesihatan orang yang tidak bersalah. Saya mahukan kuasa penuh undang-undang ke atas mereka dan saya mahu memastikan mereka sedar bahawa ada had dalam hal keuntungan yang menjejaskan kehidupan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas selepas mempengerusikan Mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19 di Wisma Pertahanan hari ini.

Hishammuddin berkata, hukuman berat perlu dikenakan kepada individu yang menjual dan membeli sijil vaksin palsu bagi mengelak orang lain melakukan perkara yang sama.

Pihak berkuasa juga perlu selangkah ke hadapan dalam membendung kegiatan ini kerana mereka yang ingin mengaut keuntungan akan cuba mencari jalan, tambahnya.

Polis setakat ini hanya mengesan satu kes sijil vaksinasi Covid-19 dikeluarkan kepada mereka yang belum divaksin melibatkan pengamal perubatan di Marang, Terengganu.

Doktor itu ditahan Sabtu lalu dan direman sehingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan mendorong penghantaran harta secara tidak jujur. – SM

 

(Visited 255 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button