Uncategorized

Pemakaian pelitup muka sangat digalakkan

PENINGKATAN kes Covid-19 semakin meningkat.

Jadi orang ramai sangat digalakkan memakai pelitup muka atau face mask ketika berada di kawasan sesak.

Itu nasihat Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memandangkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) semakin hampir, katanya semasa sidang media.

Beliau berkata, kementerian ingin mengingatkan orang ramai bahawa kita masih dalam fasa peralihan.

“Kita dalam fasa peralihan pandemik Covid-19 kepada endemic. Jadi gelombang akan datang dan pergi dan bilangan kes akan meningkat dan berkurangan.

“Dalam minggu lalu, jumlah kes meningkat. Malangnya ini ketika kita akan mengadakan pilihan raya umum.

“Oleh itu, saya ingin menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati,” ujar beliau.

Kata Khairy lagi, “memakai pelitup muka masih secara sukarela tetapi sekarang ini, sangat digalakkan terutamanya ketika berada di kawasan tertutup dan sesak.”

Sabtu ini, 5 November, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mentapkan ia sebagai tarikh penamaan calon PRU15.

Pada 15 November, SPR menetapkan ia sebagai tarikh undi awal manakala 19 November ialah hari mengundi. – SM

(Visited 369 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button