Nasionalpilihan

DMmart one stop center bantu usahawan tempatan

DMWorld melalui DMmart bersama DMfresh yang ditubuhkan oleh Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) akan menjadi one stop center untuk memasarkan produk usahawan tempatan yang berpotensi untuk diketengahkan ke pasaran domestik dan global.

Pengerusi Biro Ekonomi Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Datin Seri Azreen Abu Noh berkata, DMWorld yang ditubuhkan setelah melihat kebolehpasaran produk usahawan untuk diketengahkan di peringkat global melalui platform DMDI yang mempunyai keanggotaan sebanyak 23 buah negara.

Menurutnya, sebagai permulaan produk-produk mereka boleh diletakkan melalui empat outlet DMmart di negeri ini bagi melihat kebolehpasaran di peringkat domestik dan luar negara.

“Sebanyak 50 usahawan telah berdaftar dengan DMWorld sepanjang November hingga Disember 2022 namun kita telah mengenal pasti hanya 13 daripada mereka yang telah bersedia untuk produk dieksport.

“Bagi tujuan pengukuhan pasaran, kita telah merancang untuk menyertai beberapa program di luar negaran anjuran Sekretariat DMDI di luar negara seperti Muslim Fest di Singapura dan Konvensyen DMDI di Kemboja,” ujarnya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Soft Launch Program dan Pengenalan Produk Usahawan yang telah disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam di DMart Bukit Beruang di sini semalam.

Pada majlis berkenaan juga Mohd. Ali turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Biro Ekonomi DMDI bersama Malaysia Franchise Digital Asscociation (MFDA) yang diwakili Pengerusi Kehormat, Datuk Seri Hasnizal Hassan.

Azreen berkata, pihaknya juga sedia membantu usahawan tempatan melalui kerjasama dengan rakan strategik terdiri daripada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Sirim Berhad (SIRIM), Kraftangan dan SME Corp.

Menurutnya, 13 usahawan yang akan memasarkan produk mereka ke 23 negara anggota DMDI akan dibantu dari segi pembungkusan, berat produk, kualiti, pensijilan serta pelbagai lagi.

Beliau berkata, DMFresh seperti pasar segar memasarkan produk-produk dari ladang, sayur-sayuran, tenusu dan sebagainya akan mula dibuka dua bulan akan datang khususnya untuk usahawan tempatan yang berdaftar dengan DMDI. – SM

(Visited 22 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button