Hiburan

Dilema jadi cikgu atau penyanyi, Aliff mahu bergerak seiring

BUKAN benda baharu kalau penjawat awam sama ada di bahagian pejabat mahupun dalam pasukan beruniform untuk menyertai bidang seni.

Namun, tidak ramai yang berjaya bergerak seiring di antara kedua-dua kerjaya itu dan akhirnya terpaksa melepaskan satu daripadanya.

Bagi penyanyi baharu, Aliff Iskandar, 20, yang kini sedang menuntut di Institut Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur dia tetap mahu perjalanan seninya bergerak seiring.

“Sebenarnya menjadi guru ini adalah harapan keluarga saya manakala hati saya pula ingin menjadi seorang penyanyi.

“Disebabkan itu saya tetap mahu cuba bergerak dengan kerjaya ini secara seiring sebab tidak mahu hampakan keluarga,” katanya.

Menurutnya, dia sendiri tidak tahu rezekinya ada di mana. Sama ada melibatkan dunia perguruan atau pun industri seni.

Aliff juga berkata, jika dia dihantar menjadi cikgu di Sabah atau Sarawak pun dia akan tetap terima dan cuba untuk mengekalkan kehadirannya dalam dunia seni.

Dalam pada itu, Aliff meluahkan rasa syukur apabila lirik video lagunya berjudul Perit yang dihasilkan sebelum ini mendapat sambutan hangat dengan hampir 200,000 tontonan.

“Sebagai pendatang baharu pastinya saya gembila apabila Perit diterima ramai dengan lagu serta lirik yang menggamit perasaan pendengar.

“Apabila lagu ini diterima ramai, sudah tentu ia akan membangkitkan semangat saya untuk menghasilkan lebih banyak lagu,” katanya.

Tambahnya, lagu Perit dihasilkan sendiri olehnya manakala liriknya pula dihasilkan oleh Iman Imran dan ia berdasarkan kepada novel Perempuan Tanpa Dosa hasil karya Fatinilam Sari Ahmad. -SM

(Visited 452 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button