Hiburan

Datuk Sheila Majid terima menantu

SEKALUNG tahniah diucapkan kepada penyanyi  popular tanah air, Datuk Sheila Majid yang menerima menantu semalam.

Dalam diam tak diam, anak kedua Sheila, Megat Abdul Majid Aziz Roslan telah selamat menikahi gadis pilihannya, Nik Nuraila Nik Fauzi.

Majlis diadakan secara tertutup dan patuh prosedur operasi standard (SOP) bertempat di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur.

Majlis akad nikah disempurnakan pada pukul 10 pagi semalam dan pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Nik Fauzi Tan Sri Dr. Nik Hussein.

Menerusi hantaran Sheila di platform media sosial Instagramnya (IG), beliau turut memuatnaik beberapa keping gambar dan video sekitar majlis resepsi di dewan berkenaan dengan bertemakan anggerik putih.

Megat Abdul Majid memberi hantaran sembilan dulang manakala pihak pengantin perempuan, menyerahkan tujuh dulang hantaran.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Disember 2020 dan majlis pernikahan terpaksa ditunda beberapa kali sebelum ini kerana pandemik Covid-19.

Sementara itu, majlis yang hanya dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat berjalan lancar.

Sheila menzahirkan rasa syukur dan gembiranya menerima menantu dan mengharapkan pasangan anak dan menantunya itu sentiasa bersatu dan sepakat dalam segala aspek berkaitan alam rumahtangga.

Beliau turut berdoa agar Megat Abdul Majid dan Nik Nuralia sentiasa dirahmati dan dibimbing Allah dunia dan akhirat. –  SM

(Visited 813 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button