Hiburan

Kembara tidak tua dimamah usia

KUMPULAN Kembara yang popular dengan lirik lagu berunsurkan puisi dan rakyat, bakal mengadakan persembahan setelah sekian lama para peminat menunggu.

Walaupun mereka sudah berusia namun tidak mematahkan semangat  untuk terus berkarya dan menghiburkan para peminat.

“Saya merasakan bahawa semangat kami lebih walaupun usia semua sudah agak menjangkau tetapi semangat kuasa kuda masih ‘maintain’ ‘’ kata gitaris, Zoul.

Mereka juga tidak sabar dan cukup teruja untuk membuat persembahan dan kumpulan Kembara juga sudah memulakan persiapan sejak dua bulan lepas.

Pemilihan lagu juga sangat teliti, mereka memilih lagu yang dekat pada hati para peminat, namun ada juga lagu yang jarang dipersembahkan dan akan dinyayikan semula untuk menunjukkan hasil karya mereka selepas 30 tahun.

Vokalis kumpulan kembara Datuk M. Nasir pula memberitahu, konsert kali ini mempunyai kelebihan tersendiri.

“Istimewanya konsert ini kerana ia merupakan suara satu generasi. Generasi yang saya maksudkan ialah generasi 80 an. Selain rock muzik yang keras, Kembara membawakan satu muzik yang berbeza iaitu dari segi senikata. Kembara banyak bertemakan kerakyatan dan itu ciri khas dia”  katanya yang juga pengasas kumpulan tersebut.

Tambahnya lagi, “Ini bukan muzik lama tapi muzik sekarang. Bila kita buat muzik, kita tidak hanya tuju kepada generasi itu (80 an) sahaja. Dan bentuk muzik akan menjangkau generasi.”

Pengarah Eksekutif  Shiraz Project Sdn Bhd, Shirazdeen Karim yang memikul tanggungjawab melunaskan kerinduan tersebut dengan membawakan Konsert Kembara Panorama Jingga pada 31 Julai 2022 bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)

Persembahan akan dimulakan pada jam 8.30 malam, harga tiket bermula dari RM160 (Broze), RM200 (Silver), RM260 (Gold), RM360 (Platinum), RM460 (Diamond), RM860 (Meet and greet). Para peminat yang ingin membeli tiket boleh didapati di https://mynetzahp.sales.ticketsearch.com/sales/salesevent/75511, tiket juga sudah mula dijual mulai 10 jun 2022 lalu. Terdapat juga T’shirt eksklusif juga dijual untuk orang ramai.

Konsert Panorama Jingga 1444 tersebut disifatkan akan mengubat rindu peminat Kembara di zaman 80an dan akan juga memberi peluang kepada generasi baharu untuk mengenali muzik Kembara dengan akrab lagi dengan persembahan bertenaga mereka kelak.

Terdahulu Kembara pernah mengadakan konsert pada tahun 2014 di Kuala Lumpur. Persembahan yang meninggalkan 1001 kenangan turut berbekas kerinduan terhadap lagu-lagu dari hasil karya kumpulan tersebut.

Pasti para peminat tidak sabar dan ingin persembahan yang luar biasa dari kembara untuk tahun ini. – SM

 

 

(Visited 316 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button