Hiburan

Lah Ahmad tampil dengan konsert solo

Setelah 25 tahun menceburi bidang industri seni muzik tanah air, penyanyi terkenal Lah Ahmad atau nama sebenar Abdullah Ahmad kini bakal menjayakan konsert solonya yang pertama.

Konsert ini diadakan setelah melihat sambutan showcase Lah Ahmad yang diadakan sebelum ini pada tahun 2018 amat mengalakkan.

Sebanyak 20 buah lagu akan dipersembahkan sepanjang perjalanan karier beliau, dari lagu-lagu lamanya dan juga lagu baru dari albumnya.

Konsert 25 Years Lah Ahmad ini akan diadakan di Stage 1 Theatre, PJPAC 1 Utama E pada 28 Januari 2023.

Jualan tiket akan di jual secara online di onetix.com.my dan jualan ticket sudah bermula, harga jualan tiket bermula dari (Meet & Greet akan menerima ‘Jatuh Album; RM330), Ayu RM190, Adinda RM120.

Selain daripada itu, konsert pertama ini akan menampilkan dan meraikan album keempat beliau yang bertajuk ‘Jatuh’.

Album ‘Jatuh’ ini dicipta sepenuhnya oleh Lah Ahmad tersendiri. Menggunakan bakat dan kelebihan beliau, lagu ‘Jatuh’ juga dicipta sepenuhnya oleh Lah Ahmad sendiri.

Single ‘Jatuh’ yang memberi maksud jatuh cinta pada sesorang yang telah lama dinantikan dan jatuh cinta pada seseorang itu sehingga ke akhir hayat.

(Visited 332 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button