Hiburan

Tak buat kerja kotor, kecewa dengan Finas – Sheila Rusly

DRAMA berjudul Roti Cicah Susu terbitan syarikat produksi milik Sheila Rusly, JS Pictures didakwanya mempunyai Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) yang sah.

Penerbit dan pelakon yang terkenal dengan kelantangannya apabila bersuara dengan sekeras-kerasnya menafikan penggambaran drama Roti Cicah Susu dijalankan tanpa SPP.

Senario yang berlaku itu membuatkan Sheila kecewa apabila pegawai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengarahkan kerja-kerja penggambaran drama tersebut di Perak Techo Trade Centre (PTTC), Ipoh dihentikan pada 12 Oktober lalu ekoran isu SPP.

“Syarikat produksi  sudah memiliki sijil berkenaan yang dikeluarkan Finas berkuatkuasa dari 30 September hingga 18 November depan.

“Salian surat tersebut saya kongsikan di Instagram dan tentunya kalau tak ada SPP, tak kan produksi nak mulakan penggambaran,” katanya.

Dengan nada tegas, Sheila berkata, pihaknya tidak melanggar undang-undang ataupun bertindak curi-curi menjalankan penggambaran.

“Jadi, kenapa serang produksi saya? Pergi cari produksi yang buat penggambaran tak ikut SOP, guna pekerja atau pelakon yang tak lengkap vaksin,” hambur Sheila.

Sheila berkata, mereka yang terlibat dalam penggambaran di bawah produksi miliknya patuh dengan SOP yang telah ditetapkan.

Beliau berkata, “kenapa cari saya yang ikut SOP, ikut undang-undang? Saya tak buat kerja kotor. Saya kecewa dengan Finas,”.

Finas, ujar Sheila lagi, tidak sepatutnya mengambil tindakan tanpa membuat semakan terlebih dahulu kerana perkara ini boleh menjejaskan reputasinya.

“Bukan nak menambah masalah, sepatutnya sebelum menabur fitnah buatlah sedikit homework sama ada produksi saya ada SPP atau tidak. Boleh sahaja tanya staf saya.

“Sudah semestinya isu ini mencalarkan imej saya apabila kamu tak dapat masuk ke PTTS dah berharap Finas sebagai badan yang dilantik khas, dapat memudahkan dan membantu kami menerbitkan drama yang berkualiti tanpa ada masalah macam ini,” kata Sheila.

Terdahulu, suami Sheila, Jinggo melahirkan kata-kata keras berhubung produksi yang melanggar SOP serta pelakon yang tidak divaksin.

“Finas, tolong tangkap produksi tak ikut SOP, sebelum kemudahan kita ditarik balik. Boleh korang menganjing ye? Tak perlu ambil vaksin, ada saja produksi panggil (berlakon).

“Jika korang lepas tak apa, kalau tak lepas, bukan korang saja sangkut, JS Pictures dah nak mula penggambaran tahu tak?” kata Jinggo di Instagram. – SM

(Visited 221 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button