NasionalNegeri

Raja Muda, Raja Puan Muda Perlis ucap Selamat Tahun Baru untuk kaum Tionghua

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah semoga perayaan Tahun Baru Cina sempena Tahun Arnab iaitu Arnab Air (Water Rabbit) yang dikaitkan dengan umur panjang, keamanan dan kemewahan ini disambut meriah oleh kaum Tionghua di negeri ini.

Baginda bertitah, malah dengan ramalan bahawa tahun 2023 sebagai tahun membawa harapan akan menjadi kenyataan pada kaum ini.

Demikian perutusan Tuanku Syed Faizuddin dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga menzahirkan ucapan selamat bergembira kepada kaum Tionghua di negeri ini sempena sambutan perayaan ini, esok.

Baginda berdua beserta anakanda-anakanda iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail berharap semoga semangat kasih sayang, saling menghormati, bertolak ansur dan perpaduan terus mekar segar di kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Tuanku Syed Faizuddin dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen turut berasa bangga dan mengucapkan terima kasih kepada Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Perlis yang menganjurkan Karnival Pekan Lama Arau buat julung
kali pada mulai 18 hingga 20 Januari lalu.

Program yang dilaksanakan dalam kawasan Projek DiRaja Transformasi Komuniti Pekan Lama Kota Raja Arau yang telah dimulakan oleh Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) tersebut telah dikunjungi oleh masyarakat setempat dari pelbagai bangsa ini wajar diteruskan di masa hadapan dengan beberapa penambahbaikan.

Dalam perkembangan lain, Raja Muda juga berkenan berangkat menerima undangan menghadiri majlis santapan tengahari di Putrajaya yang dihadiri Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Anthony mempersembahkan cendera kenangan senaskhah buku berjudul ‘Membangun Negara Madani – Visi Dan Kerangka Dasar Reformasi’ oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terbitan Institut Darul Ehsan telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Ke-10. – SM

(Visited 257 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button