Hiburan

Farid Kamil minta buang bin, binti pada nama anak-anak-Diana Danille

Menerusi satu temu yang disiarkan Melodi semalam, Farid Kamil mengatakan tidak dibenarkan untuk bertemu dengan anak perempuannya, Nur Aurora dengan alasan si kecil itu masih trauma dengan insiden petik cili.
Selepas dari insiden petik cili, Farid turut mendendahkan Aurora yang masuk ke rumah jiran tanpa kebenaran memetik cili.

Kenyataan dari Instastory Diana Danielle

Susulan daripada itu, Diana menyangkal dakwaan dari suaminya itu lalu menceritakan hal sebenar berkaitan insiden petik cili tersebut melalui Insta-storynya sehingga membuatkan anak perempuan mereka trauma berpunca daripada sikap bapanya.

Menurut Diana, tindakan Farid yang menengking anak secara keterlaluan telah membuatkan Aurora trauma dan ketakutan.

“Dia kata insiden marah anak itu kecil sahaja. Saya tekankan di sini, dia sudah mula tengking, baran dengan anak dari malam sebelumnya. Semua hal yang sangat remeh.

“Sampai esok pagi, dia masih menengking anak-anak atas sebab -sebab remeh. Sampai tengahari dia tengking saya sebab tak jumpa seluar dia.

“Petang dia tengking Aurora insiden petik cili. Dua hari dia tak berhenti baran dan menjerit sekuat hati. Aurora menggigil minta tolong dengan saya sebab dia sangat takut,” tulis Diana di Instagram.

Selain itu, Diana turut memaklumkan Farid meminta dia membuat permohonan untuk membuang namanya sebagai bapa kandung dalam surat beranak anak-anak mereka.

“Kalau sayang betul pada anak, kenapa nak buang bin atau binti anak? Kenapa suruh saya failkan permohonan buang nama awak dari surat beranak anak? Kenapa ugut kami macam itu?

“Saya tidak pernah merancang untuk mendedahkan perkara sebenar secara terbuka. Saya tidak punya pilihan oleh kerana kemahuan awak terus menerus memanggil media untuk meraih simpati,” luah Diana.

Saat bahagia Diana Danille dan Farid Kamil, kini tinggal memori.

Dalam pada itu, Diana turut memaklumkan, sepanjang perkahwinan mereka, sudah menjadi kebiasaan dirinya yang mengeluarkan wang untuk sebarang urusan.

“Bulan ini dah masuk empat bulan tak bayar nafkah. Urusan ke Mekah, saya bayar untuk semua empat beranak.

“Saya tak harap pun dia bayar balik sebab dah biasa bila saya keluarkan duit untuk apa-apa, selagi tak ingatkan dia pun takkan ingat nak ganti balik,” katanya.

Dedah Diana lagi, suaminya itu pernah berjanji akan membayar balik perbelanjaan mengerjakan umrah namun sampai ke hari ini, janji tinggal janji.

“Tapi, dia sendiri cakap, dia akan cover (bayar) balik perbelanjaan penerbangan dan hotel (khasnya dia) di Mekah.

“Malangnya, sampai hari ini hanya tinggal kata-kata. Dia boleh beli kereta baharu, beli cincin berapa ribu (ganti cincin kahwin hilang itu) dan apa-apa lagilah, tapi nafkah dan hutang masih tergantung.

“Kita sambung semuanya di mahkamah,” tegas Diana.

Pada awal Mac lalu Diana memfailkan permohonan cerai terhadap Farid atas alasan tiada sefahaman dan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan). – SM

 

ARTIKLE :>

“Tanyalah Diana apa masalah dia? Saya masih sayangkan isteri dan anak-anak,” Farid Kamil

Farid Kamil didenda RM5,000 salah guna dadah

(Visited 1,280 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button