Hiburan

KPDN belum dapat laporan jualan tiket Coldplay RM43,000

MASIH belum terima aduan rasmi dan tiada tangkap dibuat berhubung penjulaan semula tiket Konsert Coldplay, artis berkumpulan dari Britain yang bakal mengadakan konsert mereka di Stadium Nasional Bukit Jalil pada November nanti.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, adalah tidak munasabah penjualan semula tiket konsert itu pada RM43,000 dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Benarkah Coldplay sebuah band barat yang tidak jijik dengan agenda LGBT?
Artis berkumpulan dari Britain, Coldplay bakal menadakan konsert pada November ini di Malaysia.

“Tindakan boleh diambil di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599). Bagaimana, setakat ini KPDN belum menerima sebarang aduan rasmi berhubung tindakan ‘ulat tiket’ itu,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Beliau juga menyifatkan, rakyat bijak dan tidak munasabah untuk membeli tiket  berharga RM43,000.

“Jadi jangan beli daripada ulat tiket. Beli daripada ejen yang sudah disahkan. Jika ada aduan rasmi, kita boleh nasihatkan pengguna dan kita juga ada Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599) boleh gunakan (untuk ambil tindakan kepada penjual),” katanya.

Tular di media sosial mengenai kewujudan akaun-akaun di pelbagai platform yang menjual tiket konsert Coldplay namun ia dikatakan dikendalikan oleh ‘scammers’.

Selain itu, wujud tindakan menjual semula tiket konsert kumpulan itu dengan harga mencecah RM43,200 hingga mengundang kecaman orang ramai.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah diarahkan untuk mengambil tindakan berkaitan iklan jualan semula tiket konsert Coldplay di media sosial. – SM

BACA Tiket Konsert Coldplay RM43,200, SKMM diarah siasat

(Visited 195 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button