Hiburan

Rutin harian Erra Fazira dikantoikan oleh Aleesya

DUA beranak, Erra Fazira dan Aleesya baru-baru ni telah menyahut cabaran  #dayinmylifechallenge di instagram. Cabaran ini menjadi kelakar apabila si anak Aleesya telah mengkantoikan rutin harian Erra.

Dalam video kira-kira dua minit yang dimuat naik di  Instagramnya,  Erra menceritakan rutin harian yang dilakukannya setiap hari di hadapan Engku Aleesya sehingga membuatkan anaknya itu ketawa besar.

Kata Erra, dia bangun pukul 6 pagi untuk sembahyang Subuh, selepas itu akan ke pasar untuk beli barang buat sarapan.

Katanya, lepas sarapan dia akan pergi joging.

Tetapi Aleesya mengatakan sebaliknya.


Kata Aleesya, lepas subuh ibunya akan kembali sambung tidur. Kemudian bangun pukul 10 pagi, mandi turun bawah dan menunggu anaknya itu habis kelas.

Dalam cabatan kantoi depan kamera ini, Aleesya telah mengkantoikan rutin harian Erra Fazira.

(Visited 254 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button