Nasional

UPSI bangga capai The World University Ranking by Subject 2023

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sekali lagi bagi tahun ini menerima pengiktirafan antarabangsa apabila dinobatkan menduduki The World University Ranking By Subject Education pada tangga 151 – 175 dunia bagi tahun 2023 manakala The World University Ranking By Subject Physical Sciences pada tangga 1001 di dunia pada tahun yang sama.

Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff

Naib Canselor , Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata pencapaian The World University Ranking By Subject Education dan The World University Ranking By Subject Physical Sciences membuktikan kesungguhan warga UPSI untuk memperkasakan aspek pengantarabangsaan khususnya dalam bidang pendidikan.

Beliau berkata UPSI yang dijenamakan pada tahun 1997 mengukir pelbagai kejayaan manis sama ada di dalam mahu pun di luar negara sekali gus membuka mata pelbagai pihak.

“Kami sentiasa terbuka menjalin kolaborasi bersama pelbagai universiti ternama dalam dan luar negara serta pemain industri demi memperkasakan bidang pendidikan,” katanya.

Keterserlahan UPSI, katanya, terpancar menerusi pelbagai pedagogi menarik mengikut era semasa yang bermanfaat terhadap dunia pendidikan tanah air.

Prof Madya Dr Azmi Mohamed

Sementara itu, Pengarah Jabatan Strategik UPSI, Profesor Madya Dr Azmi Mohamed berkata kejayaan yang dicapai itu membuktikan bahwa UPSI beriltizam merealisasikan segala agenda kolaborasi antarabangsa bersama universiti terkemuka dalam bidang pendidikan.

“UPSI optimis untuk menghadapi cabaran yang lebih besar iaitu dengan mengukuhkan penarafan yang lebih tinggi hingga kedudukan bawah 150 terbaik dunia dalam bidang pendidikan walaupun bukan suatu yang mudah.

Begitu juga dalam kedudukan By Subject Physical Sciences kepada tangga bawah 1000 yang menjadi sasaran UPSI sebagai sesuatu menjadi impian masa akan datang.
Beliau berkata The World University Ranking By Subject merupakan satu penarafan antarabangsa di berdasarkan bidang.

Katanya, UPSI yang menyertai The World University Ranking By Subject Education buat pertama kali pada tahun 2022 berjaya mencapai 176-200 dan meningkat kepada 151-175 bagi The World University Ranking By Subject Education 2023.

UPSI juga disenaraikan buat julung kalinya di dalam The World University Ranking By Subject Physical Sciences 2023 pada kedudukan 1001 ke atas.

“Untuk mencapai pengiktirafan ini, sebanyak lima indikator utama diambil kira bagi menilai kedudukan ini iaitu Pengajaran, Penyelidikan, Sitasi, Pandangan Antarabangsa serta Pendapatan Industri,” katanya.

Beliau berkata pencapaian ini membuktikan bahawa UPSI komited dalam memastikan kecemerlangan kualiti Pendidikan dan guru yang dihasilkan di Malaysia.

Malah, katanya, penyertaan baharu UPSI di dalam The World University Ranking By Subject Physical Sciences juga membuktikan komitmen UPSI di dalam pembangunan penyelidikan berteraskan nanoteknologi dan nanosains.

“UPSI telah membangunkan Pusat Kecemerlangan (Center of Excellence) berteraskan nanoteknologi yang memberi nilai tambah kepada penarafan ini,” katanya.

UPSI berhasrat untuk terus komited dalam menghasilkan graduan Pendidikan berkualiti selaras dengan Hasrat dan keperluan negara

(Visited 230 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button