Nasional

Belajarlah hormati rakan komponen lain – TPM Zahid Hamidi

BEZAKAN pandangan peribadi dengan pendapat parti. Itu kata-kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk dihadam oleh Pengarah Komunikasi Amanah, Datuk Khalid Samad.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri turut menyifatkan, haruslah belajar menghormati rakan daripada komponen parti- parti lain.

“Santuni kepimpinan individu. Lupakan soal perbezaan. Jumpa sendiri.

“Jangan hanya baca yang tersurat tetapi lihat apa yang tersirat.

“Ada 19 parti dalam Kerajaan Perpaduan. Jangan cari titik perbezaan. Cari titik perseimbangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita yang hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah di Putrajaya, hari ini.

Katanya lagi, beliau telah berjumpa dengan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi dan ada jawapannya.

“Kita selesaikan dengan baik. Tidak ada isu keluar mana-mana pihak.

“Ia telah berlalu pada 28 haribulan lalu…agenda agenda pengampunan bekas Perdana Menteri yang juga mantan Presiden UMNO.

“Kita tunggu perkembangan PM. Pendirian UMNO, tanggungjawab kami sebagai parti kerana UMNO pernah beliau (Datuk Seri Najib Razak) terajui. – SM

(Visited 100 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button