Nasional

Kit Siang tagih janji Hajiji 26 tahun lalu

WALAUPUN mengetahui  Datuk Hajiji Noor sah positif Covid-19 dan kini sedang mendapat rawatan tetapi itu tidak menghalang Penasihat DAP Lim Kit Siang untuk menagih janji yang dibuat Ketua Menteri Sabah itu 26 tahun lalu.

Dalam satu hantaran, Kit Siang berkata, dia sedih dan terkejut mendengar Hajiji dijangkiti virus yang boleh membawa maut itu.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu tetap berharap, Hajiji menunaikan janji untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin dan menghapuskan rasuah di Sabah dan mengurangkan kadar kemiskinan dan buta huruf.

“Memandangkan Hajiji sedang menjalankan tugas sebagai Ketua Menteri melalui panggilan telefon dan persidangan video, harap beliau akan memberitahu para menteri beliau yang agenda utama Kabinet Hajiji ini adalah untuk memenuhi janji selama 26 tahun beliau.

“Semasa beliau pertama kali bertanding sebagai calon UMNO pada tahun 1994 untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin, menghapuskan rasuah di Sabah, dan mengurangkan kadar kemiskinan dan kadar buta huruf di Sabah kepada sifar — dan untuk mengarahkan Kabinet beliau untuk membentangkan satu laporan bagaimana keempat-empat objektif ini boleh dicapai,” kata Kit Siang melalui Blognya.

Dalam tulisannya, Kit Siang turut melahirkan keharianan jawatan Menteri Kesihatan Sabah dihapuskan walaupun negeri itu kini menjadi tumpuan utama Covid-19 di Malaysia.

Ketua Menteri Sabah itu disahkan positif COVID-19 semalam.

Setiausaha Perhubungan Awam Ketua Menteri Sabah, Effendi Mohamed Sunoh berkata, sebelum ini Hajiji sukarela menjalani kuarantin kendiri beberapa hari yang lalu selepas salah seorang kakitangannya positif COVID-19.

“Semasa dalam kuarantin kendiri, beliau menjalani ujian COVID-19 sekali lagi dan hasil ujian terbaru mengesahkan beliau didapati positif.

“Kini beliau sedang menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth bagi rawatan susulan dan keadaan kesihatan beliau baik serta stabil.

“Walaupun sedang menjalani rawatan, beliau masih menjalankan tugas dan tanggungjawab di tempat rawatan menerusi panggilan telefon dan sidang video,” katanya dalam satu kenyataan semalam.-SM

 

 

(Visited 207 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button