Nasionalpilihan

Dakwaan perbualan WhatsApp, video tular sengaja direkacipta – Rais

Pengerusi Kanan Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka, Datuk Rais Yasin berkata, perbualan WhatsApp dengan seorang wanita dan video seksual yang tular di media sosial baru-baru ini adalah satu pertuduhan sengaja direkacipta.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, beliau turut menafikan pernah melakukan apa-apa seperti yang dituduh dalam perbualan WhatsApp tersebut termasuk isu rasuah seks seperti yang didakwa.

Rais Yasin berbual dengan seorang peniaga selepas membuat lawatan kerja sambil meninjau keadaan di Pasar Besar MBMB di Jalan Tun Fatimah, Bachang, Melaka.

“Ini semua adalah satu fitnah yang direkacipta untuk menjatuhkan reputasi saya. Selaku pemimpin kerdil saya anggap ini adalah asam garam politik.
.
“Dalam masa yang sama saya anggap ini satu ciptaan dan rekaan yang mana hari ini siap ada perbualan WhatsApp
.
“Saya tidak pernah memberi rasuah secara seks atau apa-apa kepada mana-mana individu. Jadi saya sebenarnya merasa seram apabila tenguk perbualan itu. Mana-mana yang mengenali diri saya ataupun kawan teman rapat, saya yakin mereka tahu siapa diri saya
.
“Sudah tentu saya pun kenal diri saya sendiri. Saya cuma ingin mengambil kesempatan ini, kerana saya baru balik dari bercuti
jadi sebab itu saya tidak keluarkan apa-apa kenyataan tapi saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh yang tolong menjawab (bagi pihak saya),” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja di Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Jalan Tun Fatimah, Bachang di sini hari ini.

Rais berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa tangkap layar perbualan WhatsApp dan video berunsur seksual yang tular sejak semalam didakwa melibatkan seorang Exco Melaka dengan seorang wanita.

Mengulas lanjut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput berkata, tindakan pihak bertanggungjawab itu sengaja dilakukan oleh musuh politik yang cuba untuk menjatuhkannya.

Katanya, penularan video berkenaan dikesan dan disebarkan sehari sebelum Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tangga Batu yang menyaksikan beliau menang jawatan Ketua UMNO Bahagian menewaskan penyandang Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dengan kelebihan empat undi.

Menurutnya, beliau melahirkan rasa kesal dengan tindakan menyebarkan tangkap layar WhatsApp dan video berunsur seksual dalam keadaan rakyat tengah susah.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, Rais berkata: ”
Banyak pihak bertanya kepada saya sebagai contoh sebenarnya yang menuduh saya ini pencuri, takkan saya nak buat laporan polis sepatutnya rumah dia yang kena curi tu kena buat laporan polis”.

Sehubungan itu beliau akan meneliti daripada pelbagai aspek sebelum sebarang tindakan yang akan diambil termasuk yang menyebarkan di media sosial bagi mempertahankan maruah diri dan keluarganya.

“Saya juga ingin menginsafi diri sendiri dan juga kita semua, supaya kita berhati-hati dalam apa juga yang kita lalkukan. Saya berharap kita hentikan polemik politik ini,” ujarnya. – SM

Artikel berkaitan > Isu skandal Exco Melaka sebagai fitnah – KM

(Visited 1,030 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button