Nasionalpilihan

Isu skandal Exco Melaka sebagai fitnah – KM

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh menyifatkan kontroversi membabitkan seorang Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dikaitkan dengan isu skandal dengan seorang wanita sebagai satu fitnah.

Menurutnya, beliau melihat dalam dunia cyber serba moden ini pelbagai bentuk fitnah mudah disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di media sosial.

“Saya anggap itu sebagai fitnah walaupun saya tak nak menafikan benda itu betul ataupun tidak.

“Sebab pengalaman ini, ramai dah dapat tahu dah dapat rasa sama jer. Jadi saya pun tahu dan lihat ini adalah permainan musuh-musuh politik.

“Dalam suasana politik yang tidak stabil ini, mereka yang tidak bertanggungjawab cuba mengeruhkan suasana,” ujarnya dalam sidang akhbar selepas membuat lawatan di pejabat Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) di Tamanb Rempah di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman dan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP), Sa’ari Basiron.

Ab. Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubugan UMNO negeri mengulas mengenai kontroversi seorang Exco Kanan apabila dikaitkan dengan skandal dengan seorang wanita tular di laman Facebook sejak
semalam dan hari ini.

Menegaskan isu tersebut katanya, setelah melihat dan meneliti perkara yang ditularkan itu beliau tahu daripada mana asal usul kontroversi itu datang.

“Saya tak nak komen lebih-lebih,” ujarnya ringkas.

Ditanya jika Exco terbabit perlu membuat laporan polis beliau berkata, itu terserah kepada individu tersebut untuk membuatnya.

“Bagi saya perkara ini dan trend ini sama jer berlaku di Melaka. Saya ingat benda fitnah ini tak payah nak panjang-panjang.

“Kita nak buat kerja, nak majukan negeri ini, nak membina Melaka jauh lebih baik daripada dulu benda-benda ini saya tak ambil pusing,” ujarnya. – SM

(Visited 183 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button