Nasional

SPRM tahan Timbalan Pengerusi parti politik, rampas wang tunai RM1.2 juta

SEORANG Timbalan Pengerusi sebuah parti politik ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah pada tahun 2019.

Individu tersebut  yang mempunyai kaitan dengan seorang bekas menteri disyaki menerima rasuah daripada beberapa syarikat yang memperoleh projek di sebuah kementerian.

“Turut ditahan dalam operasi yang dijalankan di sekitar Ipoh semalam ialah dua pengarah syarikat,” kata SPRM dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM1.2 juta yang dipercayai wang rasuah disimpan di rumah dan pejabat proksi kepada bekas menteri dan Timbalan Pengerusi tersebut.

Ujarnya, turut dirampas ialah sebuah kereta mewah yang digunakan oleh bekas menteri tersebut.

“Kenderaan tersebut digunakan sebagai kenderaan rasmi dan dipercayai milik seorang daripada pengarah syarikat yang diluluskan projek berkenaan.

“Setakat ini, beberapa akaun syarikat dan individu berjumlah RM77 juta juga telah dibekukan untuk tujuan siasatan,” katanya.

Tambahnya, siasatan masih lagi berjalan dan SPRM berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan kes tersebut. -SM

(Visited 745 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button