Nasional

Dakwaan menipu, Pengerusi Spanco mohon bicara

PENGERUSI Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Tan Hua Choon, yang memperoleh kontrak dan menguruskan armada kenderaan kerajaan didakwa di Mahkamah Syesen Kuala Lumpur hai ini ada tuduhan menipu.

Hua Choon, 83, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Suzana Hussin.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Mengikut kertas pertuduhan, kesalahan itu didakwa dilakukan antara 27 Februari 2019 dan 29 Februari 2019 di pejabat Kementerian Kewangan di Putrajaya.

Tertuduh didakwa mengelirukan jawatankuasa tender berhubung pegangan saham Bumiputera Spanco, membawa kepada Kementerian Kewangan menganugerahkan syarikat itu kontrak bernilai RM3.9 bilion untuk mendapatkan dan menguruskan armada kenderaan kerajaan.

Hakim Suzana menetapkan ikat jamin RM2 juta dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Jun depan untuk sebutan kes.

Tertudh juga diarah menyerahkan pasportnya sehingga kes selesai, dan dilarang menghubungi saksi secara langsung atau melalui pihak ketiga.

Beliau juga mesti melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dua bulan sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Jumaat manakala peguam Wan Azmir Wan Majid mewakili Hua Choon.

(Visited 16 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button