Nasional

Suntikan vaksin dipertingkat 500,000 sehari

KERAJAAN menyasarkan 70 peratus penduduk disetiap negeri selesai menerima vaksin Covid-19.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, dengan penemuan varian-varian baharu COVID-19 yang lebih ganas dan kes-kes positif meningkat dengan mendadak sasaran program vaksinasi telah dipercepatkan.

Di bawah Operasi Lonjakan Kapasiti 100 peratus populasi dewasa di Selangor dan Kuala Lumpur akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang 1 Ogos. Di Sarawak 100 populasi dewasa akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin pada akhir Ogos.

Tambahnya, hampir semua negeri akan mencatatkan kadar vaksinasi melebihi 50 peratus pada akhir bulan Ogos 2021.

“Semua negeri akan mencatatkan kadar vaksinasi melebihi 70 peratus pada bulan September 2021. 100 peratus populasi dewasa di Malaysia akan menerima dos lengkap vaksin pada bulan Oktober 2021.

“Peningkatan kapasiti untuk mencapai kadar suntikan 500,000 dos sehari,” katanya.

Menurut Perdana Menteri, Kerajaan telah menempah lebih 76.1 juta dos vaksin melibatkan Pfizer (70 peratus), Sinovac (23.4 peratus), Astrazaneca (10 peratus), CanSino (10.9 peratus) dan 10 peratus dari fasiliti COVAX.

Setakat ini Malaysia telah menerima 20 juta dos daripada keseluruhan jumlah vaksin yang telah ditempah.

“Dijangkakan kita akan menerima jumlah keseluruhan 30 juta dos pada akhir bulan ini, 40 juta dos pada bulan Ogos, 53 juta dos pada bulan September dan 58 juta dos pada bulan Oktober.

“Baki selebihnya akan diterima antara bulan November 2021 hingga Januari 2022,” kata Muhyiddin dalam satu kenyataan.-SM

(Visited 142 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button