Sukan

Covid-19: Singapura batalkan perlumbaan F1

SINGAPURA membatalkan perlubaan Formula 1 Singapore Grand Prix (F1) ekoran perintah sekatan akibat pandemik Koronavirus (Covid-19) masih diteruskan.

Perintah sekatan berkaitan yang menjejaskan penganjuran perlumbaan F1 dinegara itu adalah pembinaan dan perniagaan.

“Kami terpaksa membatalkan perlumbaan yang sepatutnya dijadualkan pada 20 September nanti.

“Pembinaan dan perubahan perlu dibuat di lokasi jalan utama yang perlu diubah untuk dijadikan litar. Namun itu tidak boleh dilakukan kerana sekatan”.

Demikian penjelasan Singapore GP dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Pembatalan ini membabitkan beberapa implikasi yang terpaksa dihadapi termasuk pemulangan wang pembelian tiket serta penajaan.

“Pengesahan pembatalan sudah dimaklumkan kepada peminat sukan F1, pemegang tiket serta rakan niaga.

“Tindakan ini tidak boleh dielak berikutan kerajaan Singapura mengambil langkah yang perlu bagi menangani dan memutuskan rantaian Covid-19.” kata kenyataan itu lagi.

Katanya lagi, pemulangan wang tiket dikembalikan secara automatik kepada semua pembeli dalam tempoh 30 hari waktu bekerja.

Pihak Singapore GP turut menawarkan penundaan tiket ke musim tahun hadapan bagi penonton yang mahu berbuat demikian.

BACA > 20 juta SGD bantu isi rumah, peniaga tempatan — Suara Merdeka

Selain Singapura, beberapa perlumbaan F1 di negara lain dimaklum akan dibatalkan seperti Azerbaijan dan Japan yang dijadualkan berlangsung pada tahun ini.

Menurut laporan portal Channel News Asia (CNA), keputusan berkenaan turut diambil walaupun cabaran yang dihadapi di negara tersebut adalah berlainan.

“Singapura dan Azerbaijan hadapi cabaran yang sama dalam penganjuran perlumbaan kerana memerlukan pengubahsuaian jalan utama di tengah bandar raya.

“Sementara Jepun pula, kerajaannya masih menguatkuasakan perintah berkurung yang melarang operasi perniagaan termasuk pelancongan,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, mereka meletakkan keyakinan 15 hingga 18 perlumbaan akan tetap diteruskan sebelum menamatkan musim di Abu Dhabi pada pertengahan Disember nanti.

BACA > Covid-19: Thailand bakal tarik balik perintah berkurung — Suara Merdeka

Katanya, perlumbaan di Austria dijangka akan berlangsung pada 3 Julai, kecuali Australia masih belum menetapkan tarikh selepas penganjurannya ditunda pada Mac lalu. – CNA

(Visited 181 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button