Nasional

Rakyat Malaysia kerja di Singapura, jalanilah kuarantin sukarela – Najib

RAKYAT Malaysia yang bekerja dan tinggal sementara di Singapura melakukan kuarantin secara sukarela secara 14 hari apabila pulang meninggalkan negara itu.

Saranan itu dinyatakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengulas keputusan kerajaan berhubung perintah saringan rakyat Malaysia di Singapura.

[BACA] Rakyat Malaysia dikuarantin di India kerana berada di kawasan perhimpunan tabligh — Suara Merdeka
[BACA] 40,000 individu dalam rangkaian penularan COVID-19 — Suara Merdeka

Bagaimanapun dalam perintah tersebut, mereka perlu membuktikan sihat dan bebas daripada jangkitan Koronavirus (Covid-19) sebelum dibenarkan melintasi pintu sempadan.

Menurut Najib, rakyat perlu memahami perintah berkenaan dibuat kerana jumlah pekerja yang bekerja di Singapura adalah ramai dan tidak dapat ditampung oleh pusat kuarantin mandatori.

Katanya, rakyat wajar jalani kurantin sendiri atas beberapa faktor termasuk risiko keputusan positif walaupun saringan awal menunjukkan negatif.

“Saya faham kenapa kerajaan PN memutuskan demikian kerana jumlah pekerja yang terlibat adalah terlalu besar.

“Walaupun negatif untuk ujian pertama, tiada jaminan bahawa ujian-ujian seterusnya akan negatif juga,” katanya dalam Facebook malam ini.

NAJIB RAZAK

Dengan cadangan tersebut, beliau berharap rakyat Malaysia yang mahu pulang memahami pandemik dihadapi kedua-dua negara sekarang.

[BACA] BPN diagih bermula Isnin ini — Suara Merdeka

Tambah Najib, beliau yakin tempoh kuarantin yang perlu dilakukan oleh mereka bukan sesuatu yang sukar.

“Okay tak, kawan-kawan yang pulang dari Singapura? 14 hari sahaja demi kebaikan dan keselamatan untuk semua.

“Lagipun, kita di Malaysia selama ini masa korang kerja di Singapura sudahpun melalui 18 hari PKP dan masih perlu menghadapi 10 hari lagi.

“Sudah tentu tempoh berkurung 14 hari di rumah sendiri secara sukarela bukan lah masalah untuk kawan-kawan,” ujarnya.

RAKYAT Malaysia bekerja di Singapura yang hendak pulang dinasihatkan jalani kuarantin sukarela selama 14 hari. - Gambar TODAYONLINE.COM
RAKYAT Malaysia bekerja di Singapura yang hendak pulang dinasihatkan jalani kuarantin sukarela selama 14 hari. – Gambar TODAYONLINE.COM

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan kerajaan mengenepi peraturan kuarantin 14 hari kepada warga Malaysia bekerja di Singapura yang ingin pulang.

Bagaimanapun, pengecualian tersebut adalah bersyarat dan perlu menjalani saringan di Singapura bagi membuktikan mereka bebas jangkitan Covid-19.

[BACA] Hikmah Dalam Dugaan Mendepani Covid-19 — Suara Merdeka
[BACA] Ibu bapa remaja engkar PKP juga boleh dikenakan tindakan — Suara Merdeka

Rakyat Malaysia kini sedang menjalani Perintah Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua bermula 1 hingga 14 April. – SM

(Visited 152 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button