Bola SepakSukan

Messi dijangka ditawarkan kontrak dua tahun jika sertai City

MANCHESTER City dijangka menawarkan Lionel Messi kontrak selama dua tahun jika kelab itu berjaya mendapatkan tandatangannya dari Barcelona.

Seperti yang dilaporkan Cadena Ser, City amat berharap Messi dapat membantu kelab itu mencapai impian memenangi Liga Juara-Juara.

Akhbar sama turut melaporkan bahawa Pengarah Bola Sepak City, Txiki Begiristain telahpun berada di Barcelona dalam usaha memeterai perjanjian untuk khidmat Messi.

Bergandingan semula dengan bekas pengurus Barcelona, Pep Guardiola sudah tentu menarik minat Messi, tetapi masih banyak kerja yang perlu dilakukan City bagi menandatangani pemain itu.

Jika mereka berjaya mengikat Messi, City bersedia untuk memanjangkan kontraknya lebih kepada dua tahun. Messi masih bertelagah dengan Barcelona dan tidak menyertai sesi latihan pra-musim kerana dia nekad untuk meninggalkan kelab itu.

Pemain berusia 33 tahun tersebut boleh meninggalkan kelab secara percuma berdasarkan klausa yang terdapat di dalam kontraknya, tetapi La Liga berkata, Messi masih pemain Barcelona sehinggalah kontraknya berakhir pada 30 Jun 2021, dan mana-mana pasukan yang berhajat menandatanganinya perlu membayar klausa pelepasan yang bernilai 630 juta pound (RM3.5 billion).

Messi bakal berdepan denda sebanyak 1.1 juta pound (RM6.11 juta) dan hukuman penggantungan kerana gagal menyertai sesi latihan pra-musim bersama Barcelona.

Bapanya, Jorge dijangka bertemu lembaga Barcelona, minggu ini dalam percubaannya menyelesaikan kemelut yang melanda anaknya itu. – Daily Mail UK – SM

(Visited 138 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button