fbpx
Bola SepakSukan

Van Dijk sokong Van de Beek serta United

PERTAHANAN Liverpool, Virgil van Dijk memberikan reaksinya terhadap perkhabaran bahawa rakan senegaranya dalam skuad kebangsaan Belanda, Donny van de Beek semakin hampir menyertai Manchester United.

Kelab Old Trafford itu dilaporkan akan menandatangani pemain tengah Ajax tersebut selepas kedua-dua kelab bersetuju dengan yuran perpindahan bernilai sekitar 40 juta pound (RM222).

Menurut laporan terbaru, United yakin dapat mengikat pemain itu, walaupun pemeriksaan kesihatan dan terma peribadi masih belum dilaksanakan.

Difahamkan, Van de Beek dijangka menandatangani perjanjian selama lima tahun, yang turut menyaksikan pemain itu berpeluang beraksi dalam perlawanan pembukaan United bagi musim 2020/21.

Dalam sidang akhbar sewaktu bersama skuad kebangsaan Belanda, pertahanan Liverpool tersebut telah ditanya sama ada dia ada cuba meyakinkan rakan sepasukannya agar tidak menyertai seteru ketat Reds itu.


“Adakah saya cuba mengubah fikirannya (tentang menyertai United)? Tidak,” katanya sambil tersenyum kepada media.

Namun, Van Dijk sebaliknya menyokong rakan sepasukannya itu akan mencipta kejayaan di Liga Perdana Inggeris dan turut berharap perkara yang sama berlaku terhadap Nathan Ake selepas dia melengkapkan perpindahan ke Manchester City, awal bulan ini.

“Jika berlaku, (Van de Beek menyertai United), saya akan memberikan sokongan sepenuhnya.

“Ia bagus untuknya, juga buat bola sepak Belanda, skuad kebangsaan Belanda dan sebuah lagi kelab hebat untuk pemain Oranje.

“Sama juga buat Nathan Ake yang menyertai Manchester City,” jelasnya. – Liverpool Echo – SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button