fbpx
Nasional

COVID-19: MAS sambung semula beberapa penerbangan antarabangsa

Bawa pulang pelanggan MAS ke pangkuan keluarga

SELAGI terdaya, selagi mampu. Itulah yang dilakukan oleh Malaysia Airlines Bhd. (MAB) apabila membuat keputusan untuk menyambung semula beberapa penerbangan antarabangsa.

Menurut laporan BERNAMA, penyambungan semula penerbangan antarabangsa antara April dan Mei nanti bertujuan membawa pulang ahli keluarga yang tidak dapat kembali ke tanah air ekoran sekatan perjalanan yang dilakukan di kebanyakan negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kapten Izham Ismail berkata, ramai pelanggan MAB daripada rakyat Malaysia hingga warga asing, telah menghubungi pejabat global syarikat penerbangan.

Mereka yang menghubungi meminta penerbangan yang ada, kebanyakannya destinasi antara Kuala Lumpur ke Australia dan New Zealand serta ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke London.

“Sebagai syarikat penerbangan rangkaian, Malaysia Airlines dapat mengekalkan jaringan dan membawa pelanggan kami terus atau paling hampir dengan destinasi yang mereka mahukan.


“Sebagai syarikat penerbangan nasional Malaysia pula adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan akses kepada Malaysia di peringkat domestik dan antarabangsa dalam tempoh sukar ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penerbangan yang disambung semula itu melibatkan laluan Kuala Lumpur ke dan dari Auckland, Melbourne, Sydney, Perth, Jakarta dan Guangzhou. – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button