Nasional

Langgar PKP, Menteri Besar Terengganu tampil beri keterangan

MENTERI Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini hadir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.

Kehadiran Menteri Besar itu bagi memberi keterangan berhubung dakwaan melanggar peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kehadiran Ahmad Samsuri di balai tersebut turut dimuat naik di laman sosial Facebook Polis Terengganu dan beliau dikatakan tiba kira-kira 4 petang.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik yang dihubungi Bernama berkata Ahmad Samsuri hadir untuk memberi keterangan berhubung gambar beliau bersama beberapa lelaki di rumah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

“Ahmad Samsuri telah datang ke IPK untuk memberi keterangan dan  bekerjasama. Kita akan siasat kes ini di bawah Seksyen 6 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.

Pada Jumaat, tular di pelbagai platform media sosial gambar Ahmad Samsuri bersama beberapa lelaki dan beliau didakwa tidak melakukan penjarakan sosial seperti yang disarankan pihak kerajaan.

Sementara itu dalam perkembangan hari ini, lapan individu termasuk seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Yan, Kedah pada 11 dan 15 April lalu.

Kesemua tertuduh berusia 20 hingga 56 tahun itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nurulrasyidah Mohd Akit.

Mengikut pertuduhan, tujuh tertuduh didakwa berkumpul di ruang tamu sebuah rumah dialamat No. 247, Kampung Belakang Masjid Guar Chempedak, dekat Yan, pada  jam10 malam, 15 April lalu.

(Visited 244 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button