Nasional

Sorok gula, empat syarikat disiasat

MENYIMPAN barangan kawalan gula melebihi had kuantiti yang dibenarkan dan disyaki gagal menyelenggara buku stok barangan kawalan tersebut.

Itu kesalahan dilakukan empat syarikat dalam Op Manis yang dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, semalam.

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman, pemeriksaan dilakukan terhadap empat syarikat itu melibatkan dua pengedar dan selebihnya pemborong barangan kawalan gula.

“Operasi yang bermula pukul 10 pagi itu melibatkan 12 anggota penguat kuasa KPDNHEP Selangor, pegawai-pegawai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Ibu pejabat Polis Kontinen (IPK) Selangor di kawasan Shah Alam dan Kajang, Selangor.

“Hasil pemeriksaan mendapati dua syarikat disyaki menyimpan barangan kawalan gula melebihi had kuantiti yang dibenarkan dan gagal menyelenggara buku stok barangan kawalan gula tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

sorok gula

Menurut Iskandar Halim, operasi dilakukan hasil makulmat risikan selama dua minggu.

Jelasnya, pihaknya memandang serius isu barangan kawalan dan tidak mahu barangan tersebut diseleweng sekaligus menyebabkan berlaku masalah bekalan di kemudian hari.

“Setiap pengedar dan pemborong tidak dibenarkan untuk menyimpan stok barangan kawalan melebihi had kuantiti yang kita benarkan.

BACA> Lelaki cuba seludup 12,960 minum keras ditahan

“Selain itu stok keluar dan masuk barangan kawalan ini juga mesti dikemaskini setiap hari untuk mengelakkan barangan kawalan ini kita syaki diselewengkan,” ujarnya.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Peraturan 9(1) dan Peraturan 13(1) Peraturan Kawalan Bekalan 1974, Akta Kawalan Bekalan 1961.

Tambahnya, peniaga terutamanya yang melibatkan barangan kawalan ini diingatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang  yang telah ditetapkan bagi mengelakkan tindakan diambil ke atas mereka. – SM

(Visited 443 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button