Nasional

Lelaki cuba seludup 12,960 minum keras ditahan

SEORANG lelaki yang cuba menyeludup 12,960 tin minuman keras pelbagai jenama gagal selepas lori yang dipandunya ditahan pada Selasa lalu di Klang, Selangor.

Suspek ditahan polis selepas didapati membawa lori dalam keadaan mencurigakan kira-kira pukul 9.30 malam di susur keluar Bukit Tinggi, Kilometer 20.9 Lebuh Raya Klang-Shah Alam.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am, Superintenden Zulafendy Hassan berkata, suspek berusia 24 tahun ditahan bersama minuman keras yang dianggarkan berjumlah RM37,800.

“Kita turut merampas lori yang digunakan, wang tunai berjumlah 1,980 serta beberapa telefon bimbin pelbagai jenama dan jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM185,580.

ARAK

“Tangkapan dan rampasan telah dibawa ke balai polis Klang untuk tindakan lanjut di bawah Akta Kastam 1967,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zulafendy, tangkapan dan rampasan ini telah berjaya melumpuhkan salah satu sindiket pengedaran minuman keras tidak bercukai di sekitar Klang dan ibu negara.

>BACA Anak nampak ibu dibaham buaya

Tambahnya, dia turut menyeru masyrakat supaya memberi kerjasama dan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti yang menyalahi udang-undang. -SM

(Visited 583 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button