Nasional

Lebih 100,000 sokong petisyen minta kerajaan tukar kad pengenalan

SATU petisyen online telah dilancarkan bagi menuntut kerajaan mengeluarkan kad pengenalan baharu sebagai langkah membanteras sindiket jual mykad kepada pendatang tanpa tanpa izin.

Setakat ini 115,515 telah menyokong petisyen yang dilancarkan oleh Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) pada 6 Mei lalu.

Dengan sasaran untuk mendapatkan 150,000 sokongan, ia bakal diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan juga Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Petisyen itu berbunyi:

“Kami rkayat Malaysia menuntut agar kerajaan Malaysia mengeluarkan kad pengenalan baharu sebagai langkah membanterasn sindiket jual Mykad dan lambakan PATi di Malaysia.

“Tahukah anda bahawa isu penjualan MyKAD, lambakan warga asing dan ‘kehilangan’ lebih 100,000 pelancong China dan India telahpun mendapat perhatian Kerajaan Malaysia. Cuma masih belum ada kenyataan rasmi sahaja.

1. Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan tanah air, menjunjung perlembagaan dan rukun negara, kami menyeru Kerajaan Malaysia mempercepatkan cadangan mewujudkan Kad Pengenalan Baharu dengan segera.

2. Kami mendesak sekali lagi kepada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia untuk bentangkan laporan terkini berkaitan isu pelancong tak balik. Ini kami tegas

Mereka turut meminta rakyat Malaysia supaya menyokong petisyen tersebut dan menggunakan kuasa viral untuk berkongsi dan sebarkan  poster petisyen itu sebagai mendesak kerajaan Malaysia supaya cepat bertindak. – SM

(Visited 489 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button