fbpx
Nasional

Semua transaksi akaun bank Yayasan Akal Budi tidak cetuskan amaran AMLA – saksi

Sambung bicara kes Ahmad Zahid

PENGURUS bank cawangan Dataran Maybank, Leong Siew Kong memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa semua transaksi akuan membabitkan keluar masuk cek firma tetuan Messrs Lewis & Co yang merupakan pemegang amanah Yayasan Akalbudi, adalah transaksi biasa.

Transaksi tersebut tidak mencetuskan amaran Akta Pencegahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Siew Kong yang tampil sebagai saksi pendakwaan ke-39 hari ini berkata, tidak ada sebarang jumlah kemasukan cek dan pengeluaran Messrs Lewis & Co mencurigakan sehingga mencetuskan amaran untuk dilaporkan kepada Bank Negara Malaysia (BNM).

“Dalam transaksi-transaksi keluar masuk cek Lewis & Co, tidak ada jumlah yang mencurigkan dan boleh mencetuskan amaran AMLA atau red flag,” tegas Siew Kong yang menjawab soalan pihak pendakwa.


Katanya, semua transaksi sama ada dari akaun semasa atau akaun simpanan tetap pelanggan adalah transaksi biasa yang mengikut syarat yang ditetapkan oleh bank iaitu secara bersurat atau letter of undertaking.


Siew Keong yang menjawab soalan peguam Ahmad Zahid, Mohd. Haziq Dhiyahuddin berkata, sekiranya tidak ada letter of undertaking, pelanggan tidak boleh membuka akaun.

“Untuk semua akaun, mesti ada letter of undertaking. Jika tidak ada surat ini, tidak boleh buka akaun kerana itu merupakan prosedur (bank punya standard),” katanya.

Menjawab soalan pihak pendakwaan, Siew Kong berkata, sama ada peguam semak atau tidak letter of undertaking, beliau tidak tahu.

BACA: Pembangkang mula cipta citra buruk terhadap pemimpin UMNO

Terdahulu, Siew Kong yang memberi keterangan bertulis di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah mengesahkan dokumen dan cek-cek serta penyata bank yang dirujuk oleh barisan pendakwaan.

Prosiding sambung bicara menampilkan Siew Kong bermula kira-kira pukul 10 pagi tadi dan tamat pada pukul 5 petang.

Pihak pendakwaan terpaksa meminta rehat beberapa kali kepada Hakim Collin kerana dokumen yang tidak teratur dan perlu disemak semula dengan saksi.

BACA: Hakim terima permohonan maaf Ahmad Zahid, tiada unsur hina mahkamah

Pada pukul 4.30 petang pihak pendakwaan memohon kepada mahkamah untuk menamatkan prosiding soal balas terhadap saksi dan menyambungnya ke hari esok.

Namun permohonan ditolak oleh Hakim Collin kerana masih terdapat ruang masa untuk mahkamah meneruskan prosiding sehingga ke pukul 5 petang.

Ahmad Zahid, 66, berhadapan dengan 47 pertuduhan yang mana 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan penggubahan wang haram melibatkan Yayasan Akalbudi yang diterajuinya.

Perbicaraan akan bersambung Jumaat ini. – SM

TONTON JUGA VIDEO DI BAWAH PENJELASAN PEGUAM ZAHID

 

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button