Nasional

LTTE: Terima kasih Tommy kerana guna kuasa Perlembagaan anda

AHLI Parlimen Klang, Charles Santiago mengucapkan terima kasih kepada Peguam Negara Tan Sri Thommy Thomas kerana menggunakan kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan untuk membebaskan 12 individu yang didakwa menyokong kumpulan pengganas  Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE).

“Terima kasih AG kerana gunakan kuasa Perlembagaan anda untuk bebaskan 12 lelaki,” ciap Chales di Twitternya.

Beliau sebelum ini mempersoalkan tindakan polis menahan dua ADUN DAP kerana disyaki mempunyai hubungan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), sedangkan kumpulan itu sudah terkubur dan tiada cubaan mengaktifkan kumpulan pemisah di Sri Lanka itu.

Ahli Parlimen DAP itu  menyifatkan penahanan tersebut adalah pembaziran masa dan sumber polis kerana LTTE tiada cawangan di Malaysia. Beliau juga bingung kerana dua ADUN itu tidak berada di barisan depan perjuangan LTTE.

Tommy hari ini menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepada beliau untuk menggugurkan pendakwaan terhadap 12 individu terbabit.

“Oleh yang demikian, dalam menjalankan kuasa budi bicara saya menurut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, saya telah memutuskan untuk memberhentikan prosiding-prosiding terhadap mereka berkuat kuasa serta merta,” katanya.

 [BACA ARTIKEL] Alasan penuh Tommy Thomas bebaskan 12 tertuduh berkaitan LTTE

Sebelum ini nasib 12 individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP yang didakwa atas pertuduhan berkaitan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) sama ada dibenarkan ikat jamin atau sebaliknya hanya akan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi.

Kedua-dua ADUN itu itu termasuk G Saminathan (ADUN Gadek) dan P Gunasekaran (ADUN Seremban Jaya) manakala 10 lelaki lain ialah V Balamurugan, S Teeran, A Kalaimughilan, S Chandru, S Arivainthan, S Thanagaraj, M Pumugan, Sundram Renggan@Rengasamy, V Suresh Kumar dan B Subramaniam.

Kesemua mereka ditangkap dan ditahan sejak Oktober tahun lepas.-SM

 

 

(Visited 250 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button