Politik

Hakim terima permohonan maaf Ahmad Zahid, tiada unsur hina mahkamah

https://youtu.be/Uri3XdZOc-c

HAKIM Collin Lawrence Sequerah menerima permohonan maaf Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkaitan kekeliruan penangguhan kes bekas Menteri Dalam Negeri itu di mahkamah semalam.

Collin menerima penjelasan peguam Ahmad Zahid dan menerima permohonan maaf yang dibuat oleh Presiden UMNO itu ketika mahkamah bersidang pagi ini.

“Mahkamah menerima penjelasan berhubung kekeliruan yang berlaku.

“Mahkamah juga mendapati terdapat a wrong choice of word,” kata Hakim Collin.

Keputusan itu diambil selepas Ahmad Zahid memohon maaf kepada mahkamah berkaitan ketidak hadiran beliau untuk perbicaraan pada sebelah pagi.

Hakim Colin bagaimanapun mengingatkan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang cuba mengeliru dan menghina mahkamah.

Semalam peguam Ahmad Zahid memberitahu mahkamah bahawa anak guamannya terpaksa berjumpa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BACA: Semua transaksi akaun bank Yayasan Akal Budi tidak cetuskan amaran AMLA – saksi

Pihak pendakwaan bagaimanapu  memohon Ahmad Zahid dikenakan tindakan menghina mahkamah selepas mendapati tiada sebarang mesyuarat diadakan antara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama pemimpin politik.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik pagi ini menjelaskan, sebagai seorang pemimpin parti, Ahmad Zahid perlu berjumpa dengan Perdana Menteri yang baru untuk membincangkan tentang barisan kabinet yang baru.

Disebabkan kelewatan 15 minit kerana masalah traffic jammed, maka Dato Seri Dr Ahmad Zahid tidak dapat bertemu dengan Perdana Menteri yang telah pun beredar ke tempat lain.-SM

(Visited 71 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button