NasionalTeknologi

MySejahtera Bakal Berwajah Baharu, Selesaikan Isu Rungutan Penerima Lengkap Vaksinasi!

Aplikasi MySejahtera akan memperkenalkan wajah baharunya dengan beberapa kemas kini untuk memudahkan rakyat Malaysia menjalani kehidupan norma baharu.

Dengan wajah baharu itu juga, ia sekali gus menyelesaikan rungutan rakyat Malaysia yang sudah menerima dos lengkap vaksinasi dalam tempoh lebih 14 hari.

Hal ini demikian kerana dengan paparan sedia ada, pekerja atau pengawal keselamatan terpaksa mengira guna jari untuk melihat status vaksinasi individu.

Sehubungan itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi ciapannya di Twitter memaklumkan pasukan MySejahtera sedang membuat perubahan baharu.


“Tindakan ini dibuat bagi memudahkan rakyat Malaysia menunjukkan status vaksinasi sekali gus membuatkan bersedia untuk hidup bersama-sama COVID-19.

“Sehubungan itu, aplikasi MySejahtera dikemas kini serta diperbaiki dan dijangka siap dalam beberapa minggu akan datang,” tulisnya di Twitter.

Selain itu, butang mendaftar keluar juga akan dimasukkan sebagai ciri terbaharu untuk mengesan kenalan (contact tracing) dengan lebih baik.

“Selepas meninggalkan mana-mana premis, jangan lupa untuk mendaftar keluar. Hanya perlu tekan butang dan tidak lagi perlu mengimbas,” tulisnya.

(Visited 148 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button