Luar Negara

Covid-19: Beijing hadapi kluster baharu

SELEPAS virus Koronavirus (Covid-19) dikesan pada papan pemotong ikan salmon dekat sebuah pasar di Fengtai, Beijing, daerah itu terus dipagar dan diarah jalani perintah berkurung.

Sebelum itu, 517 penduduk di sana menjalani saringan di pasar Xinfadi. 45 daripadanya dikesan positif Covid-19.

Terdapat dua perkara dibimbangkan berlaku menjadi faktor kepada penyebaran virus pandemik itu.

Seperti, kesemua yang positif dikesan tidak mengalami gejala atau menunjukkan simptom. Faktor lain adalah punca jangkitan yang tidak diketahui.

Susulan itu, Pegawai Daerah, Chu Junwei memaklumkan, 11 kawasan perumahan berhampiran pasar tersebut di pagar dengan kawalan 24 jam.

BACA > Aliran trafik lancar, terkawal — Suara Merdeka

“Dengan mengutamakan keselamatan dan kesihatan orang awam, kami mengambil langkah menutup pasar Xinfadi dan kawasan sekitarnya.

“Kini Fengtai, Beijing dikenakan perintah darurat dan 10,000 lagi dijangka akan menjalani saringan Covid-19,” katanya petik Malaysiakini daripada Reuters.

Namun, lebih membimbangkan, pasar Xinfadi merupakan pasar borong pertanian terbesar di Asia apabila lebih 1,500 tan makanan laut, 18,000 tan sayuran dan 20,000 tan buah diniagakan di sana setiap hari.

Susulan itu, kemungkinan virus berkenaan akan merebak ke bandar-bandar lain seperti Chengdu dan Nanjing melalui pasar di sana.

Malah, pasar di Chengdu dilaporkan akan mengeluarkan kesemua produk ikan salmon hari ini daripada tempat penyimpannya.

Sementara di Nanjing, persatuan restoran di sana memaklum akan menghentikan penyediaan hidangan yang mengandungi makanan laut mentah atau produk haiwan.

Pasar Xinfadi ditutup pihak berkuasa pada Sabtu pukul 3 pagi waktu tempatan.

Pada Mac lalu pihak berkuasa China menarik balik perintah berkurung ke atas beberapa bandar utama di sana.

BACA > Kes aktif Covid-19 turun menghampiri 1,000 kes — Suara Merdeka

Arahan itu susulan jumlah jangkitan yang menurun kepada satu angka.- SM

(Visited 98 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button