Luar Negara

Covid-19: Jepun beri tambahan RM4,000 kepada rakyat

“Kita segerakan pemberian tunai kepada semua rakyat.”

Demikian kenyataan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengumumkan peruntukan sebanyak 12 trilion Yen (RM488 bilion) bagi mengurangkan impak Koronavirus (Covid-19) terhadap ekonomi.

[BACA] Tak masuk akal sidang Parlimen satu hari, tiada soal jawab – Teresa — Suara Merdeka

Setiap rakyat Jepun bakal menerima 100,000 yen (RM4,064) ekoran pendapatan mereka terjejas akibat kehilangan pekerjaan ketika pandemik berkenaan.

Pemberian dana tersebut merupakan tambahan daripada pakej rangsangan 300,000 Yen (RM12,190) yang diterima sebelum ini.

Pemberian dana tambahan itu dibuat selepas pelbagai tekanan diterima Abe termasuk desakan pemimpin lain daripada partinya supaya 100,000 lagi diberikan.

Oleh demikian, Menteri Kewangannya, Taro Aso, dana tersebut akan diagih bermula May ini.

Dalam masa sama, Abe turut mengisytiharkan darurat di seluruh negaranya selepas lebih 9,000 orang dijangkiti Covid-19 dengan 190 kematian di negaranya.

JEPUN
– Gambar KYOTO SHIMBUN
[BACA] PKP: Dakwa guna ‘cable IGP’ untuk lepas sekatan jalan raya — Suara Merdeka
[BACA] Covid-19: Bilangan kes baharu terendah 69 orang, 56.50 peratus sembuh — Suara Merdeka

Menurut laporan portal Channe News Asia, pengisytiharan tersebut turut menandakan sekatan terhadap perjalanan domesti walaupun ketika cuti umum Minggu Keemasan.

“Sambutan Minggu Keemasan (Golden Week) lewat April sehingga awal Mei, lazimnya rakyat Jepun akan pulang ke kampung untuk bersama keluarga.

“Perintah darurat memberikan kuasa kepada gabenor wilayah bagi mengarah rakyat supaya duduk di rumah dan dihukum sekiranya ingkar,” katanya.

Menurut Abe, jika rakyat boleh elak daripada keluar ke mana-mana, jumlah jangkitan Covid-19 boleh dikurangkan secara drastik dalam masa dua minggu.

“Masa hadapan bergantung kepada kita. Sasaran untuk kurangkan perhubungan sosial sebanyak 70 peratus sebelum ini masih belum dicapai,” ujarnya.

[BACA] Yuran Taska: Kerajaan perlu ambil tindakan – PPIM — Suara Merdeka
[BACA] Penghantar makanan beroperasi di bulan Ramadan — Suara Merdeka

Selain itu, kerajaan Jepun turut mengagihkan topeng penutup hidung dan mulut kepada setiap isi rumah. Namun inisiatif tersebut diselar rakyatnya dalam media sosial. – Agensi

(Visited 187 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button