Luar Negara

Padah nak cantik, bibir pecah lima kali gara-gara suntikan filler

SEORANG wanita berusia 35 tahun, Gemma Palmer serik dengan suntikan filler apabila suntikan itu menyebabkan bibirnya pecah sebanyak lima kali.

Gemma juga terpaksa menanggung kesakitan setiap kali bibirnya pecah.

Menurut Gemma, dia didorong untuk melakukan suntikan filler itu apabila berkunjung ke sebuah salun kecantikan.

Untuk kelihatan cantik di bahagian bibirnya, Gemma membuat keputusan untuk melakukan suntikan dengan dua kali ganda dos di bahagian bibirnya.

Tindakan itu bagaimanapun membawa padah yang amat perit kerana suntikan yang dilakukannya itu menyebabkan bibirnya membengkak dan akhirnya, pecah-pecah.

“Pada mulanya selepas mengambil suntikan filler, saya kembali menjalani kehidupan seperti biasa sebelum kesakitan muncul semula.

“Bermula dengan rasa sakit, bibir saya mula membengkak sebelum pecah sebanyak lima kali,” imbas Gemma.

Menurut anak kelahiran Litherland, Lancsashire itu lagi, dia kini dalam usaha untuk membuang lebihan suntikan yang ada di bahagian mulutnya itu.

Gemma turut memberi amaran kepada wanita-wanita lain di luar sana agar tidak mengambil suntikan berkenaan.

“Ia sangat teruk, saya bukan sahaja sakit secara fizikal tetapi juga ia amat menyeksakan mental saya.

“Bibir ini membuatkan saya menangis dan kini saya amat takut jika bibir saya meletup lagi,” katanya. – SUMBER THE SUN DAN M STAR – SM

(Visited 493 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button