Nasional

Aliran trafik lancar, terkawal

ALIRAN trafik di lebuh raya dan jalan raya di seluruh negara berada dalam keadaan lancar dan terkawal.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, tiada kesesakan teruk dilaporkan.

“Aliran trafik dari Lembah Kelang ke arah utara, selatan dan timur dalam keadaan terkawal.

“Saya berpendapat, keghairahan orang ramai untuk balik ke kampung tidak seperti menjelang satu atau dua hari menyambut Hari Raya Aidilfitri seperti kebiasaannya,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama hari ini.

Menurut Azisman, perkara itu berlaku berikutan orang ramai bijak merancang waktu perjalanan ke destinasi masing-masing bagi mengelak kesesakan di jalan raya.

Tambahnya, pasukan seperti ‘Jammed Squad’ yang ditubuhkan agensi itu sentiasa bersiap sedia digerakkan jika terdapat kesesakan jalan raya di samping bekerjasama dengan pihak konsesi lebuh raya. – SM

(Visited 119 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button