Luar Negara

Gunung Everest dibuka walaupun kes Covid-19 meningkat

WALAUPUN kes Covid-19 masih tidak menentu, Nepal membuka semula kawasan pergunungannya termasuk Everest bagi pendakian pada musim luruh ini.

Tindakan ini adalah sebagai usaha meningkatkan sektor pelancongan yang terjejas akibat wabak Covid-19.

Negara Himalaya itu telah menutup sempadannya pada Mac lalu gara-gara wabak Covid-19 dan ekoran itu telah menyebabkan kerugian dari segi pekerjaan dan pendapatan berjumlah jutaan dolar.

Jurucakap Jabatan Pelancongan Nepal memaklumkan, sekatan di seluruh negara dihapuskan minggu lalu.

Nepal kini dibuka untuk aktiviti pelancongan termasuk pendakian gunung biarpun 1,000 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan minggu ini dengan jumlah keseluruhan 19,547 kes.

Malah, kerajaan juga akan memberi permit penerbangan antarabangsa untuk ke negara itu bermula 17 Ogos ini.

Pegawai kini bertungkus lumus dalam penyediaan protokol keselamatan termasuk menentukan tempoh berapa lama pelancong perlu dikuarantin ketika ketibaan sebelum dibenarkan melakukan aktiviti pendakian. – SM

(Visited 123 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button