KesihatanLuar Negara

Bil elektrik tinggi: Enam sekeluarga hampir mati terhidu karbon monoksida arang BBQ

ENAM sekeluarga terpaksa dikejarkan ke hospital selepas terhidu karbon monoksida dari arang BBQ yang digunakan untuk memanaskan rumah mereka.

Pasukan paramedik yang dihubungi tiba ke kediaman keluarga in yang terletak di Merrylands, barat Sydney, Australia selepas salah seorang dari ahli keluarga tersebut mengadu sakit kepala.

Sejurus pasukan paramedik tiba di kediaman enam sekeluarga ini, mereka dapati empat dewasa, dua daripadanya warga emas dan dua kanak-kanak berada dalam keadaan amat tidak sihat selepas mereka cuba memanaskan rumah dengan menggunakan arang BBQ.

Menurut sumber, mereka telah menghidupkan arang tersebut untuk memanaskan rumah dan tertidur dengan asap beracun memenuhi ruang rumah itu.

Keenam-enam mereka telah dibawa ke Hospital Westmead dalam keadaan stabil untuk dipantau selepas terhidu gas semalaman.

Sementara itu, pasukan bomba turut hadir ke rumah itu untuk menyiasat keadaan rumah tersebut.
Di Australia terdapat ramai penduduk yang menggunakan arang untuk memanaskan badan kerana ramai penduduk yang mengadu bil elektrik yang melambung tinggi pada musim sejuk membebankan mereka untuk membayarnya.- SM

(Visited 271 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button