NasionalParlimen

Tak hormat saya, tak pa, saya dah nak mati – Speaker Dewan Rakyat

Insiden yang dicetuskan Ahli Parlimen Kota Belud semalam, kekal digantung dua hari

DEWAN Rakyat yang bersidang pagi ini dimaklumkan bahawa penggantungan yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Kota Belud (WARISAN), Isnaraissah Munirah Majilis @ Fakharudy selama dua hari masih kekal dan tidak ditarik balik.

Itu pencerahan yang diberikan oleh Tan Sri Azhar Azizan Harun tentang penggantungan dua hari yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Kota Belud setelah keputusan yang telah dibuat itu dibangkitkan dan dipersoalkan oleh Ahli Parlimen Labuan (WARISAN), Datuk Lokman Isli.

Ahli Parlimen Kota Belud (WARISAN), Isnaraissah Munirah Majilis @ Fakharudy.

Walaupun Speaker berkata penggantungan itu masih kekal dan tidak ditarik balik, Ahli Parlimen Labuan itu mencelah dan menyatakan agar penggantungan dua hari itu ditarik balik dan hanya sehari sahaja.

“Semalam dengar, YB Timbalan Yang diPertua bersetuju menarik balik penggantungan itu jika Kota Belud duduk dan membiarkan prosiding diteruskan tetapi syarat itu tidak dipenuhi.

“Jadi, penggantungan terhadap Kota Belud tidak tarik baliklah. Saya tengok di monitor TV secara peribadi.

“Yang Berhormat Timbalan Yang diPertua menyatakan, dia setuju tarik balik jika Kota Belud hormat dewan dan berjalan lancar,” jelas Speaker.

Seperti biasa, jawapan yang diberikan oleh Speaker Dewan Rakyat tetap dibangkang dan dibantah oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang yang mahu mencelah dan mempersoalkan lagi keputusan yang telah dibuat terhadap Ahli Parlimen Kota Belud itu semalam.

Speaker bagaimanapun tidak melayan karenah ahli-ahli Parlimen pembangkang sebaliknya meminta mereka duduk.

“Duduk, duduk please,” kata Speaker apabila dua lagi Ahli Parlimen berdiri hendak membentak ruling yang telah dibuat terhadap Ahli Parlimen Kota Belud itu.

TANGKAP layar kekecohan yang dicetuskan oleh Ahli Parlimen Kota Belud di Dewan Rakyat semalam.

Kata Speaker dengan nada lembut tetapi tegas, “Asking may, pembangkang dan kerajaan tak ikut. Kenapa tak ikut? angan ikut kalau menyokong kita sahaja. Ikutlah. Nak review, file kan. Jangan buat kecoh.

“Saya tengok Bentara dua orang semalam berdiri 40 minit untuk membawa keluar Ahli Parlimen Kota Belud. Dua bentara ini, anak-anak muda yang bekerja di Parlimen. Mereka tidak dihormati langsung.

“Tak hormat saya, tak pe (tidak mengapa). Saya Speaker, saya boleh take it (terima) tetapi hormatlah bentara, orang muda. Dua bentara berdiri di situ tanpa dihormati,” kata Speaker.

Katanya lagi, “Saya accommodating. Nak cakap, saya bagi cakap. Lunas-lunas kita jaga.

“Saya dah tua, nak mati dah. Bentara dua orang berdiri 40 minit, tidak diendahkan. Duduk, saya tak nak dengar lagi dah.”

Sambung Speaker, “nak cakap pasal asking may, kita cakap secara keseluruhan.”

Ahli Parlimen Kuala Selangor (PH), Datuk Seri Dzulkefly Ahmad bingkas bangun sambil berkata, “tak sesaat tindakan kami menjurus ke arah bentara.”

Speaker memintas cakap Ahli Parlimen Kuala Selangor dengan berkata, “Itu keputusan Timbalan speaker. Bentara yang hendak bekerja itu diminta membawa keluar Ahli Parlimen Kota Belud.

“Mereka berdirilah di situ terkapa-kapa, Tidak diendahkan. Kuasa mereka tidak dihormati. Cokmar diraja berada di depan ni.

“Kepada siapakah yang kita tidak hormati semalam? Apa signifikasi cokmar diraja ada didepan?,” soal Speaker hari ini kepada ahli-ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat. – SM

(Visited 317 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button