Luar Negara

COVID-19: 32,033 kes positif, 1,883 kematian dicatat di Indonesia

KES positif COVID-19 di Indonesia kini dicatatkan sebanyak 32,000 dengan jumlah kematian sebanyak 1,883 orang.

Jurucakap berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata, sebanyak 847 tambahan kes positif baharu dan 32 lagi kematian berlaku dicatatkan dalam 24 jam bermula 12 tengah hari semalam.

“Kes positif kini berjumlah 32,033 manakala sebanyak 14,010 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19.

“Bagi tempoh 24 jam juga, seramai 406 pesakit sembuh, menjadikan mereka yang sembuh sehingga kini berjumlah 10,904 orang,” katanya seperti dilaporkan portal Liputan 6.

Yurianto turut meminta orang ramai untuk terus menjaga jarak, menggunakan pelitup muka serta rajin mencuci tangan untuk mengelak jangkitan.

“Apa yang kita lakukan ini ini harus menjadi sebahagian dari kebiasaan hidup normal baru.

“Kita perlu menghapuskan Covid-19 untuk kembali produktif sama ada dalam pekerjaan mahupun perniagaan seperti sebelum ini,” katanya. – SM

(Visited 129 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button