NasionalRencana

Bagaimana kesudahan Covid-19 di Sabah?

SUKAR membayangkan keadaan dan kebimbangan rakyat Sabah terhadap pandemik Koronavirus (Covid-19) yang meningkat setiap hari lebih dua minggu tanpa henti.

Angkanya terus meningkat sejak lebih dua minggu lalu, sedikit pun tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda sehingga memaksa pelbagai inisatif dilaksanakan.

Kawasan demi kawasan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akibat peningkatan jangkitan yang turut melibatkan murid sekolah.

Krisis kesihatan di sana semakin memburuk, tenaga frontliners dari Semenanjung sudahpun dikerahkan ke sana sehingga memaksa Kementerian Kesihatan (KKM) mencari sukarelawan.

Malah, baru-baru ini juga Menterinya Datuk Seri Dr. Adham Baba mengumumkan KKM memohon 1,899 lagi kakitangan perubatan kontrak sebagai tambahan kepada pertahanan kesihatan.

Ini kerana kakitangan seperti Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan, doktor dan doktor pakar sekalipun terpaksa menjalani kuarantin selepas dikhuatiri menjadi kontak kepada pesakit.

Semakin hari, semakin ramai kakitangan barisan hadapan terpaksa menjalani kuarantin. Kekuatan mereka tidak boleh dikompromi.

Mereka amat diperlukan untuk merawat pesakit Covid-19, malah ada kakitangan daripada bahagian lain turut ditempatkan di hospital dan lapangan bagi mengekang wabak itu.

Jumlahnya terlalu ramai, dalam tempoh lima hari kebelakangan, kes Covid-19 meningkat, 429 (14 Oktober), 304 (15 Oktober), 489 (16 Oktober) dan 451 (17 Oktober).

Namun semalam, kebimbangan rakyat Sabah terus tidak reda apabila jumlah kes baharu sehingga pukul 12 tengah hari ini adalah sebanyak 702 iaitu paling tinggi.

Di seluruh negara pula, kes baharu direkodkan dalam tempoh sama adalah sebanyak 871 orang dijangkiti Covid-19.

Hari ini, di Sabah sebuah kluster baharu tercetus iaitu Penjara Kepayan melibatkan 49 orang dijagkiti wabak tersebut, 81 adalah daripada kluster sedia ada dan 572 dikesan menerusi saringan umum.

Enam daerah di sana mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu Kota Kinabalu, Tawau, Semporna, Lahad Datu, Sandakan dan Tuaran.

Larangan keluar dan masuk ke Sabah terus dikekalkan, jika ada mereka yang baru tiba pula perlu menjalani kuarantin selama 14 hari bagi memastikan tiada pembawaan penularan.

Bantuan pula digerakkan dengan lebih agersif apabila hampir 50,000 bakul makanan sudahpun diberikan kepada golongan sasar yang memerlukan.

Namun itu belum memadai apabila tular dalam media sosial mengenai mesej daripada penduduk dekat sebuah kawasan pedalaman yang memerlukan bantuan.

Lebih memilukan, wang ringgit langsung tidak laku, mereka tidak mahu duit, sebaliknya hanya mahukan beras semata-mata untuk mengisi perut isteri dan anak-anak.

Oleh demikian, bagaimanakan kesudahan krisis kesihatan pandemik di Sabah?

Menuding jari bukan masanya lagi, perkara yang berlaku sudahpun berlaku. Cuma boleh berharap kerajaan perlu lebih tegas terhadap kedatang pendatang asing tanpa izin (PATI).

Bagaimanapun mereka tidak patut tiba di Sabah, mereka juga tidak patut ditahan dalam penjara di sana. Mereka perlu segera dihantar pulang sebaik sahaja ditahan pada hari yang sama. – SM

 

(Visited 213 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button