fbpx
Luar Negara

Covid-19: Singapura catat 618 kes baharu

SINGAPURA terus mendominasi catatan jangkitan pandemik Koronavirus (Covid-19) ASEAN apabila seramai 618 kes baharu dilaporkan semalam.

Kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara berkenaan seramai 12,693 orang.

[BACA] 84 ditangkap ceroboh negara ikut ‘lorong tikus’ — Suara Merdeka

Pecahan jumlah jangkitan menunjukkan pekerja asing yang tingggal dalam asrama di sana adalah tertinggi iaitu seramai 597 orang.

Manakala yang tinggal di luar asrama pula seramai 12 orang. Bagaimanapun, bagi kes tempatan hanya sembilan orang sahaja dijangkiti Covid-19 menjadikan jumlah jangkitan semalam sebanyak 618 kes.

Memetik laporan portal Channel News Asia (CNA), 81 peratus jangkitan mempunyai kaitan dengan kluster semasa sementara baki masih belum diketahui.

Daripada jumlah itu juga, Singapura turut mencatatkan kluster baharu iaitu Northpoint City di Yishun Avenue.

Sebanyak tujuh jangkitan dilaporkan dari sebuah pusat beli belah di sana.

“Antara 18 hingga 24 April, Kementerian Kesihatan Singapura mengesan berjaya mengesan sebanyak 1,226 kes dan tujuh daripadanya dikenal pasti dari Northpoint City.

[BACA] Jangan sombong Malaysiaku, kata Nik Abduh — Suara Merdeka
[BACA] 1-3 Mei tarikh untuk yang terkandas di kampung pulang — Suara Merdeka

“Kementerian juga memberi amaran pada Jumaat lalu kepada pengurus asrama pekerja Joylicious di Tuas dengan mengkuarantin 20 pekerjanya.

“Mereka dipercayai mempunyai kaitan dengan rakan sekerja yang dijangkiti Covid-19,” katanya.

Sehingga kini, sebanyak 12 kematian dilaporkan dan 1,002 pesakit pulih daripada jangkitan berkenaann.

Tambah laporan itu, Singapura kini melanjutkan tempoh perintah sekatan sehingga 1 Jun berbanding 4 Mei seperti yang dumumkan kerajaannya baru-baru ini.

“Semua premis bukan keperluan asas perlu ditutup, rakyat juga dilarang keluar dari rumah masing-masing kecuali untuk beli makanan dan barangan dapur.

[BACA] Selayang Baru, Gombak dikenakan PKPD sehingga 3 Mei — Suara Merdeka
[BACA] Apa bantuan untuk anak muda 18-20 tahun yang hilang pendapatan — Suara Merdeka

“Tetapi mereka perlu pergi bersendirian dalam kawasan kejiranan sahaja,” ujarnya. – Agensi

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button