Nasional

Agong titah umat Islam adakan solat hajat di rumah

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan semua rakyat mengadakan solat hajat khusus bagi menolak penularan wabak COVID-19 yang sedang melanda negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, titah itu disampaikan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin kepada pihaknya, petang tadi.

Justeru, Zulkifli berharap semua pihak dapat bersama-sama menyahut titah Al-Sultan Abdullah dengan melaksanakannya di rumah dan tempat masing-masing, di samping mematuhi arahan kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini.

“Solat hajat tersebut boleh dilakukan pada waktu siang atau malam kecuali pada waktu-waktu yang diharamkan solat.

“Begitu juga, marilah kita membanyakkan istighfar, taubat, zikrullah dan amalan ketaatan serta munajat yang tak putus-putus kepada-Nya,” katanya dalam satu kenyataan.

Zulkifli turut berkongsi waktu-waktu yang diharamkan solat iaitu sesudah solat Subuh hingga terbit matahari, selepas terbit matahari hingga kadar tujuh hasta pandangan mata (kira-kira 3 darjah), ketika matahari tegak di atas kepala kecuali pada hari Jumaat, selepas solat Asar dan ketika matahari kemerahan di waktu senja hingga terbenam seluruh bulatannya. – BERNAMA

(Visited 224 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button