Politik

Calon-calon SPM 2020 belum bersedia – Nuur Muzdalifah

CALON-calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2020 akan menduduki peperiksan pada Februari tahun ini.

Ketua Penerangan Wiranita Putra, Nuur Muzdalifah Ab Aziz berkata, ramai pelajar mengeluh dan ada yang rasa takut untuk menduduki SPM kerana masih tidak bersedia.

“Ada juga dalam kalangan ibu bapa yang merasa risau dengan situasi pandemik sekarang ini untuk anak-anak mereka menduduki peperiksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, calon-calon yang dijadualkan menduduki SPM pada Tahun 2020 yang dibawa ke Tahun 2021 ini pastinya menghadapi keadaan sukar.

Ini kerana ia pertama kali dalam hidup mereka dan peperiksaan ini penting bagi menentukan hala tuju masa depan mereka, katanya.


“Mereka merasa rugi masa disebabkan pandemik Covid-19 yang berlaku ketika ini. Pembelajaran mereka telah berubah 360°, tidak seperti calon-calon SPM tahun-tahun lalu yang mana kesukaran pembelajaran secara atas talian (online) tidak sama pemahamannya seperti belajar di dalam kelas.

“Guru-guru perlu lebih memberikan perhatian, bimbingan dan mengambil berat serta memberi sokongan moral kepada calon-calon SPM untuk mereka semua tidak rasa ianya bebanan.

“Kita semua tidak berada di tempat mereka di kala kesukaran ini berlaku, jika kita di tempat mereka pastinya kita juga merasakan berat untuk menduduki/mengambil peperiksaan penting ini,” ujar beliau.

Natijahnya, pandemik Covid-19 ini membuatkan calon-calon yang menduduki SPM tidak bersedia dan minda mereka tidak fokus serta banyak berfikir tentang keadaan semasa iaitu bahaya yang ada di sekeliling mereka, katanya.

Beliau menambah, calon-calon ini lebih mengambil berat mengenai kesihatan dan keselamatan masing-masing serta keluarga.

Pandemik Covid-19, jelasnya, memberi impak besar kepada semua calon SPM, ditambah pula keadaan cuaca semasa yang mana berlaku banjir di beberapa negeri dan daerah.

“Cuba bayangkan keadaan calon-calon yang terlibat dengan banjir, bagaimanakah pelajar-pelajar ini hendak fokus kepada pembelajaran ulangkaji mereka?,” soal beliau.

 

Sehubungan itu, beliau berkata, Menteri Pendidikan harus mengambil berat keadaan calon-calon SPM 2020 pada tahun ini.

Tegas beliau lagi, jika pretasi keputusan mereka menurun, apa akan terjadi dengan prestasi Pendidikan Kebangsaan?

“Apa pula perlu dilakukan untuk menaikkan prestasi keputusan SPM menjadi setaraf seperti tahun-tahun sebelum?” katanya.

Justeru Pergerakan Wiranita PUTRA Malaysia memohon Kementerian Pendidikan dan yang berkaitan untuk mengkaji semula penetapan tarikh Sijil Peperiksaan Malaysia bagi Tahun 2021 (Calon Tahun 2020) dengan mengambil kira situasi semasa yang berlaku dalam negara ini.

Dengan cadangan tarikh baharu tersebut dapat memberi peluang kepada calon-calon untuk lebih bersedia dan memberi ruang kepada ibu bapa untuk menyediakan yang terbaik buat anak-anak mereka, katanya. – SM

(Visited 154 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button